Benih & Baka Ayam Penelur Kelantan

Benih & Baka Ayam Penelur Kelantan Kami membekalkan :-

1. Benih Ayam Penelur
2. Telur Ayam Segar
3. Alatan Penternakan
4. Ubat/Vit Ayam

ayam penelur baka lohman brown F1-ayam sedang rancak bertelur-stok 100ekor-berminat blh pm-area tendong, pasir mas-rm50s...
08/05/2024

ayam penelur baka lohman brown F1

-ayam sedang rancak bertelur
-stok 100ekor
-berminat blh pm
-area tendong, pasir mas
-rm50sekor (ambik b*k blh kurang)

apa nk jual sebab reban terlalu padat.. nak kurang kepadatan.

Salam sahabat & komuniti penternak ayam penelur se-MalaysiaDikatakan Ayam Penelur adalah salah satu industri pengeluaran...
14/02/2024

Salam sahabat & komuniti penternak ayam penelur se-Malaysia

Dikatakan Ayam Penelur adalah salah satu industri pengeluaran makanan negara yang penting di Malaysia dimana kira-kira 28.6% daripada sebanyak 60.1 juta ekor ayam diternak pada tahun 2010 adalah ayam penelur. Malaysia mengeluarkan telur ayam untuk pasaran domestik dan juga pasaran luar negara. Telur ayam merupakan satu komoditi sangat penting untuk digunakan oleh semua isi rumah, kilang industri makanan dan juga pelbagai industri lain seperti pembuatan kosmetik, perubatan dan industri kimia. Saya memerlukan satu papan telur mengandungi 30 biji telur untuk kegunaan seminggu maknanya satu bulan perlukan kira-kira 120biji telur sebulan. Telur digunakan untuk pelbagai hidangan semasa sarapan pagi, masakan mee, telur goreng dadar, telur mata kerbau, telur separuh masak dan bermacam jenis masakan lagi. Semua telur di hasilkan dari ladang ternakan ayam penelur yang terdapat di negara kita.

Lohman Brown adalah baka ayam penelur yang mudah dipelihara dan sangat rajin bertelur. Berdasarkan pengalaman memulakan ternakan ayam penelur ini sebanyak 20 ekor lohman brown betina dan boleh mendapat sehingga 20 biji telur sehari. Telur ayam lohman brown berwarna coklat pekat sama seperti telur ayam yang dijual di pasaran. Kebanyakan telurnya bersaiz B pada peringkat awal umur dan akan mencapai gred A setelah umur mencecah genap setahun ke atas.

Ayam Penelur berperanan penting dalam industri makanan negara Malaysia. Terdapat beberapa jenis baka yang ada dipelihara di Malaysia seperti Baka Lohman Brown, Isa Brown, Golden Comet, Hisex, Hyline, Goldline, Sitaver ,H&N dan Bab C**k. Sebgai sumber penting protein yang relatif murah dan harganya cukup mampu dibeli membuatkan telur ayam menjadi tumpuan kepada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia umumnya. Rahsia kuning telur ternyata padat akan kandungan kolin iaitu suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat. Telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Telur merupakan sumber protein yang paling murah dan memang kalau hendak di bandingkan dengan ikan dan daging saya rasa hampir 93 peratus protein murah rakyat Malaysia atau pun penduduk dunia diambil daripada telur.

Kebiasaannya pengguna membeli telur sering ditulis harga mengikut Gred Telur. Namun begitu, hakikatnya yang berlaku di Pasar Borong telah mendapati harga telur ayam di Malaysia dipasarkan berdasarkan ‘Sen sebiji’ mengikut gred. Telur telah dikelaskan kepada beberapa gred berasaskan berat bukan saiz atau warna. Saya dapati gred-gred tersebut adalah gred AA , A , B , C , D , E dan F. Harga telur ayam juga tidak tetap bergantung kepada permintaan dan bekalan serta pada musim-musim perayaan di Malaysia. Didapati gred telur ayam adalah Gred A= Lebih 64 gram, Gred B= 57- 63 gram, Gred C= 50-56 gram, Gred D= 42-49 gram dan Gred E= Bawah 42 gram. Dipasaran antarabangsa p**a agak berbeza sedikit piawaiannya iaitu Gred AA = 70 gram, Gred A = 64 gram, Gred B = 59 gram, Gred C = 54 gram, Gred D = 49 gram dan Gred E = 48 gram. Dikatakan gred telur di Malaysia lebih kecil dari piawaian antarabangsa.

Telur ayam kini bukan hanya menjadi sumber protein mudah dan murah kepada pengguna sebaliknya kini memiliki ciri-ciri dan fungsi tertentu seperti kaya dengan vitamin, mineral dan rendah kolesterol. Ayam betina yang diternak untuk tujuan penghasilan telur tidak pernah mengawan atau dikelaminkan dengan ayam jantan seperti proses penghasilan telur bagi tujuan penetasan anak ayam.

Seekor ayam menghabiskan kira-kira 100-110 gram makanan sehari iaitu rumusan khusus untuk ayam penelur. Telur pertama yang dihasilkan setiap ayam ketika berusia 17 minggu tidak mempunyai nilai pasaran kerana beratnya tidak mencapai 40 gram dan hanya mempunyai tempoh hayat 21 hari jika disimpan pada suhu bilik sebelum telur merahnya pecah dan membusuk pada hari ke 28. Tahukah anda bahawasanya jangka hayat telur boleh meningkat tiga kali ganda jika disimpan dalam peti sejuk? Oleh itu disarankan kepada anda agar menyimpan telur di tempat yang dingin agar kualiti telur segar dapat dikekalkan lebih lama.

Bagi telur yang tersimpan lama dan tidak diketahui tarikh pengeluarannya maka pengguna dinasihat memecahkan terlebih dulu telur itu dalam piring. Jika telur merahnya masih belum pecah maka ia masih boleh dimakan. Telur juga boleh dikenal pasti sama ada masih baik atau sudah rosak secara dimasukkan ke dalam bekas berisi air. Telur yang rosak akan terapung kerana poket udara yang terbentuk dan membesar di dalamnya. Lazimnya seekor ayan penelur mampu menghasilkan sehingga 280 telur sepanjang tempoh dua tahun hidupnya dalam reban. Selepas itu ayam tersebut sudah kurang produktif dan ia akan dijual sebagai ayam tua atau AYAM PENCEN . Ayam pencen disembelih dan dijual dengan harga RM 10.00 - RM 13.00 seekor secara pukal. Ayam pencen sedap di masak ayam ungkep dan di buat rendang ayam. Ini kerana pada umur itu biasanya ayam sudah melepasi tahap penghasilan telur yang baik apabila gagal menepati prinsip empat hari tiga telur walaupun kuat makan tetapi kurang bertelur.

Setiap ayam selalunya mengambil masa 21 hingga 22 jam untuk menghasilkan sebiji telur dalam badannya sebelum dikeluarkan. Selepas berehat sekejap maka proses untuk penghasilan telur dalam badan itu berulang semula.

Berita baik kepada pemula yang ingin menjadi penternak ayam penelur, sekiranya anda ingin mendapatkan anak ayam penelur baka Lohman Brown boleh hubungi kami. Selamat belajar & menjadi penternak yang berjaya & janga lupa follow & like page BENIH DAN BAKA AYAM PENELUR KELANTAN 😎

Address

Tendong
Pasir Mas
17030

Telephone

+60146451848

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Benih & Baka Ayam Penelur Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share