06/02/2026
SALAM JUMAAT 🤍
Doa Hari Jumaat
Ya Allah, pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, ampunkanlah dosa kami, kedua ibu bapa kami, ahli keluarga kami, serta seluruh umat Islam.
Kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi berkat, hati yang tenang, kesihatan yang baik dan kehidupan yang dirahmati-Mu.
Satukanlah hati kami dalam kebaikan, jauhkanlah kami daripada bala bencana, dan lindungilah negara kami dengan aman dan sejahtera.
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami semua, lapangkanlah jalan rezeki, kuatkanlah hati dalam menghadapi setiap ujian, dan kurniakanlah kejayaan dunia serta akhirat.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin 🤲