Galeri P. Ramlee

Galeri P. Ramlee Seniman Agung P. Ramlee
Rumah Kelahiran P. Ramlee Rumah P. Ramlee merupakan tempat kelahiran Allahyarham. rumah ini telah dibaiki semula semasa pendudukan Jepun.

rumah ibni telah di bina pada tahun 1926 oleh bapa dan bapa saudaranya iaitu Rejab bin Husain. walaupun telah dibaiki rumah ibni masih dalam keadaan bentuk yang asal. PAMERAN;
Pameran meliputi koleksi asal dan bahan-bahan Allahyarham semasa di Pulau Pinang.

Hari Seniman Negara akan diadakan pada setiap 22 Mac iaitu bersempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P Raml...
19/03/2022

Hari Seniman Negara akan diadakan pada setiap 22 Mac iaitu bersempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P Ramlee,

signifikan perubahan tarikh sambutan Hari Seniman Negara itu adalah untuk memperingati jasa serta sumbangan P Ramlee dalam industri kreatif di negara ini.

Ia di samping mengangkat karya-karya P Ramlee yang bukan sahaja berjaya melahirkan lebih ramai tokoh dan pakar industri kreatif malahan memperkenalkan Malaysia di mata dunia

22 Mac akan dikenang sebagai hari kelahiran Tan Sri Dr P. Ramlee Dan juga Hari Seniman Negara

(Dumber : https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/193158)

PUTRAJAYA - Hari Seniman Negara yang disambut pada 29 Mei ditukar ke 22 Mac setiap tahun.

21/01/2018

nice

pameran P. Ramlee sempena hari sukan tabika KEMAS peringkat parlimen gelugor..program telah berlangsung.....23.5.2015
26/05/2015

pameran P. Ramlee sempena hari sukan tabika KEMAS peringkat parlimen gelugor..
program telah berlangsung.....
23.5.2015

pihak kami mengalu-alukan kedatangan tuan2 dan puan2 ke majlis bacaan yasin & tahlil sempena pemergian Allahyaham  P. Ra...
26/05/2015

pihak kami mengalu-alukan kedatangan tuan2 dan puan2 ke majlis bacaan yasin & tahlil sempena pemergian Allahyaham P. Ramlee ke-42.....

PENCAPAIAN P. RAMLEE-Anugerah Oskar yang dimenanginya semasa Pesta Filem Asia ke 11 di Hong Kong pada tahun 1964. Oskar ...
12/05/2015

PENCAPAIAN P. RAMLEE
-Anugerah Oskar yang dimenanginya semasa Pesta Filem Asia ke 11 di Hong Kong pada tahun 1964. Oskar “Komedi Terbaik” ini adalah untuk filem komedi “Madu Tiga” yang telah diarahkan oleh beliau sendiri pada tahun 1963.
- P Ramlee menerima pingat Ahli Mangku Negara(AMN) daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-31 Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Tuanku Syed Hassan Jamalullail pada 27 September 1962.
- P Ramlee mendapat Trofi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Anugerah Penggubah Lagu Terbaik seluruh Asia menerusi filem Anakku Sazali semasa Festival Filem Asia di Tokyo, Jepun pada tahun 1957.
- P Ramlee dan Bat Latiff memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik Asia dalam Filem Nujum Pak belalang di Pesta Filem Asia ke-7 di Tokyo, Jepun pada tahun 1960
- P Ramlee and Bat Latiff winning Best Comedy Asian Movies awards (Nujum Pak Belalang) in the 7th Asian Film Fiesta in Tokyo, Jepun 1960.
- Trofi anugerah Filem Komedi Terbaik yang dimenangi P Ramlee melalui filem Pendekar Bujang Lapok di Pesta Filem Asia ke-6 di Kuala Lumpur pada tahun 1959.
- P Ramlee memenangi anugerah Most Versatile Talent yang dimenangi beliau melalui filem Ibu Mertuaku di festival filem asia di Tokyo, Jepun pada tahun 1963.
- Trofi Anugerah Penggubah Lagu Terbaik seluruh Asia yang dimenangi oleh P Ramlee di Festival Filem Asia di Hong Kong pada tahun 1955 melalui filem Hang Tuah arahan Phani Majundar.
- Keratan akhbar Utusan Melayu dan Berita Harian Jun 1990 mengenai penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 6 Jan 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.

29/04/2015

GALERI P. Ramlee

waktu lawatan / visiting hours
dibuka kepada orang ramai setiap hari
open daily to public holiday

selasa hingga Ahad
9.00am to 5.30pm

# jumaat/ friday
9.00am to 12pm
3.00pm to 5.30pm

Isnin / Monday
tutup kecuali pada cuti am dan persekolahan

# masuk adalah percuma

# Tel : 04-2500202 ? 04-2817484
# Fax : 04-2637210

24/03/2015

MAJLIS SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN TAN SRI P.RAMLEE KE- 85

23 Mac, GEORGETOWN – Sempena mengenang dan menyambut ulangtahun kelahiran ikon Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang ke 85, Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang dan Kelab Peminat P.Ramlee Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran Tan Sri P.Ramlee dengan tema P.Ramlee:Ikon Perpaduan pada 23 Mac 2014, jam 9.00 pagi bertempat di Auditorium P.Ramlee, Rumah Kelahiran Tan Sri P.Ramlee Pulau Pinang.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, En Azemi bin Abdul Aziz dan turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) yang juga merupakan Presiden Kelab Peminat P.Ramlee Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Seri Haji Mohd Yussof bin Latiff, Timbalan Presiden PEMENANG, YBhg. Dato’ Abdul Rashid bin Ismail, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang, En Mohd Rizal bin Ismail serta Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang, En Mohd Nasser bin Malim.
Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran Tan Sri P.Ramlee ini dimeriahkan lagi dengan tayangan sedutan klip video filem-filem komedi Tan Sri P.Ramlee serta pembentangan Kertas Kerja bertajuk P.Ramlee:Ikon Perpaduan yang dibentangkan sendiri oleh Presiden Kelab Peminat P.Ramlee Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Seri Haji Mohd Yussof bin Latiff yang juga merupakan salah seorang sahabat P.Ramlee. Sesi soal jawab mengenai P.Ramlee yang dikendalikan oleh Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang juga turut mendapat sambutan menggalakkan dari peminat P.Ramlee yang hadir di majlis ini.
Pembentangan Kertas Kerja bertajuk P.Ramlee:Ikon Perpaduan ini antara lain mengupas unsur-unsur perpaduan dan keharmonian antara kaum yang banyak diketengahkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam karya lagu dan filem beliau. Di samping itu, Kelab Peminat P.Ramlee juga mencadangkan supaya Tan Sri P.Ramlee diangkat menjadi Ikon Perpaduan Negara di atas segala jasa dan baktinya terhadap masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Para hadirin yang hadir dianggarkan seramai 350 orang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Peminat P.Ramlee Pulau Pinang, pegawai dan kakitangan kerajaan, anak-anak yatim serta peminat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

17/03/2015

Rumah Kelahiran P. Ramlee terletak di Lot 2180, Jalan P.Ramlee, Pulau Pinang adalah merupakan tempat di mana Allahyarham P.Ramlee dilahirkan. rumah ini telah dibina oleh bapa P. Ramlee bersama-sama dengan bapa saudaranya, Rajab bin Hussein pada tahun 1926. rumah ini pernah dibaiki oleh bapa saudaranya di zaman pendudukan Jepun dan sekali lagi pada tahun 1948. Rumah ini kini telah dibaik pulih buat kali yang ketiga oleh Arkib Negara Malaysia pada tahun 1991 dan telah dibuka dengan rasminya oleh Y.B. Dato' Sabbaruddin Chik, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan malaysia pada 13 disember 1991. penubuhan Rumah Kelahiran P. Ramlee ini bertujuan untuk memelihara kekal rumah ini sebagai tanda dan ingatan kepada Seniman Agong Negara yang telah banyak berjasa dalam bidangnya kepada bangsa dan Negara. Rumah ini kini menjadi tempat yang boleh dilawati oleh orang ramai serta menarik minat pelancong asing terhadap warisan seni budaya tanah air....

Student Intership Arkib Negara Cawangan Pulau Pinang.
16/03/2015

Student Intership
Arkib Negara Cawangan Pulau Pinang.

Interview master Ibrahim Bin Mohd Zain (kawan P. Ramlee) kerjasama USM + Arkib Negara Cawangan Pulau Pinang 24 Feb. 2015
16/03/2015

Interview master Ibrahim Bin Mohd Zain (kawan P. Ramlee)
kerjasama USM + Arkib Negara Cawangan Pulau Pinang
24 Feb. 2015

Address

Jalan P Ramlee
Penang Island
10460

Opening Hours

Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6042817484

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galeri P. Ramlee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Galeri P. Ramlee:

Share

Category