OLIVE HOUSE Bukit Mertajam

OLIVE HOUSE Bukit Mertajam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from OLIVE HOUSE Bukit Mertajam, Health Food Shop, Permatang Pauh.

ASYSYAKIRIN OLIVE HOUSE (PG0374616-T)
201503240918

Realisasi Gaya Hidup Aafiyat
No. 1 di Malaysia
Raja Segala Minyak Zaitun

๐Ÿ“ Available at Alpro, Kaisar, Lautan & HealthLane Family Pharmacies, as well as Olive House agents & online marketplaces.

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kedamaian dan kebahagiaan buat anda sekeluarga.

Semoga setiap pengorbanan, keikhlasan dan amal kita menjadi bukti cinta dan taqwa kepada Allah SWT serta diterima di sisi-Nya, InsyaAllah.

Dalam sibuk bergotong-royong, menyediakan juadah dan beraya bersama keluarga, jangan lupa untuk terus menjaga tenaga dan kesihatan sekeluarga:

๐Ÿ’š Olivie Power Up untuk kekal stamina dan fokus sepanjang hari
๐Ÿ’š Tocotrienols Softgel untuk sokongan kesihatan sendi, kulit dan perlindungan antioksida

p/s: Semoga tahun ni tak ada lagi babak lembu naik atas bumbung...

26/05/2026
22/05/2026

Apa Beza Olivie Plus 30x & Olivie Power Up?

โ€œMinโ€ฆ kenapa harga tak sama?โ€
โ€œKenapa satu lebih pekat?โ€
โ€œKenapa satu orang kata bagus untuk jantungโ€ฆ satu lagi fokus tenaga & mental?โ€

Dan paling selalu orang tanyaโ€ฆ

โ€œMin, saya sebenarnya sesuai yang mana satu?โ€

Sebenarnya, dua-dua ni bukan bersaing.

Tetapi dibina untuk keperluan badan yang berbeza.

Kalau anda:
โœ”๏ธ nak jaga kesihatan jangka panjang
โœ”๏ธ ada concern tentang salur darah & jantung
โœ”๏ธ umur makin meningkat
โœ”๏ธ nak amalkan rutin sihat setiap hari

Min lebih sarankan Olivie Plus 30x.

Sebab Olivie Plus 30x ni ialah extra virgin olive oil yang tinggi antioksidan semula jadi seperti hydroxytyrosol.

Ia juga dikaji dalam kajian klinikal Universitรฉ de Sherbrooke, Canada berkaitan hydroxytyrosol dan kesihatan salur darah.

Dalam kajian itu, HP-EVOO yang digunakan dikenal pasti sebagai Olivie Plus 30x.

Antara aspek yang dikaji:
โœ”๏ธ oxidative stress
โœ”๏ธ inflammation
โœ”๏ธ LDL oxidation
โœ”๏ธ cardiovascular support

Sebab tu ramai jadikan Olivie Plus 30x sebagai:

- rutin pagi & malam
- daily wellness habit
- ikhtiar support kesihatan jantung & salur darah

Tetapi kalau anda:

โœ”๏ธ kerja selalu busy
โœ”๏ธ mental cepat penat
โœ”๏ธ perlukan fokus tinggi
โœ”๏ธ mudah drain & overwhelmed
โœ”๏ธ perlukan support ketika travel atau kerja OT

Min suggest Olivie Power Up.

Sebab Olivie Power Up ni lebih concentrated.

Ia menggunakan Desert Olive Tree Pearls (DOTPs), formulasi daripada keseluruhan pokok zaitun termasuk:
โœ”๏ธ buah muda
โœ”๏ธ daun muda
โœ”๏ธ ranting muda

Malah ada kajian Nutrients 2023 menggunakan DOTPs menunjukkan peningkatan pada beberapa aspek fungsi kognitif dan fokus selepas 12 minggu pengambilan.

Sebab tu ramai associate Olivie Power Up dengan:

- fokus & mental clarity
- stamina lebih tinggi
- fast support ketika badan terlalu penat

Jadi sebenarnya, bukan soal mana lagi bagus.

Tetapi mana lebih kena dengan keadaan badan dan lifestyle anda sekarang.

Dan ada juga pengguna yang combine kedua-duanya.

โžก๏ธ Olivie Plus 30x โ†’ rutin harian pagi & malam
โžก๏ธ Olivie Power Up โ†’ bila perlukan fokus, stamina atau extra support

Cara pengambilan:

โœ”๏ธ Olivie Plus 30x
1 sudu besar waktu pagi sebelum sarapan (perut kosong) dan 30 minit sebelum tidur.

โœ”๏ธ Olivie Power Up
1 sudu teh pearl boleh diambil pada waktu pagi sebelum memulakan aktiviti atau bila badan terasa penat dan perlukan extra support.

Semoga perkongsian ini bantu anda lebih faham keperluan badan sendiri dan lebih mudah membuat pilihan ๐Ÿ’š

19/05/2026

Ada orang nampak okay depan semua orangโ€ฆ
Masih boleh senyum, pergi kerja, balas chat macam biasa.

Tapi dalam kepala sebenarnya dah terlalu penat.

Ramai sekarang hidup dalam keadaan:

๐Ÿ“Œ Terlalu banyak fikir
๐Ÿ“Œ Terlalu lama pendam
๐Ÿ“Œ Terlalu kurang rehat
๐Ÿ“Œ Terlalu paksa diri untuk โ€œokayโ€

Sampai satu tahap, emosi mula tak stabil.

Benda kecil jadi cepat marah.
Malam susah tidur.
Badan letih walaupun tak buat apa-apa.

Hakikatnya, stress yang tak diurus perlahan-lahan boleh makan diri.

Sebab tu selain rehat dan luah perasaan, pemakanan pun penting untuk bantu badan & otak rasa lebih tenang.

Antara makanan yang boleh bantu kurangkan stress:

โžก Dark chocolate โ†’ Bantu tenangkan mood

โžก Minyak zaitun extra virgin โ†’ Lemak sihat yang tinggi antioksidan yang bantu tubuh mengurus stres

โžก Salmon โ†’ Bantu kurangkan keresahan

โžก Teh hijau โ†’ Bantu rasa lebih relaks

โžก Pisang โ†’ Bantu penghasilan hormon mood baik

โžก Blueberry โ†’ Menyokong kesihatan otak

โžก Sayur hijau โ†’ Menyokong fungsi otak & emosi

Tak perlu berubah sekaligus.

Perubahan kecil seperti jaga makan, cukup tidur dan belajar berehat pun dah boleh bantu diri sendiri sedikit demi sedikit.

Ingat, kuat bukan bermaksud kena pendam semuanya seorang diri.

15/05/2026
13/05/2026

Ramai sangka Thalassemia cuma penyakit โ€œkurang darahโ€.

Hakikatnya, Thalassemia adalah penyakit genetik (keturunan) yang boleh memberi kesan besar kepada kehidupan seseorang anak.

Ramai pembawa Thalassemia Minor hidup sihat seperti biasa. Tiada simptom. Tiada tanda jelas.

Sebab itu ramai tidak sedar mereka sebenarnya pembawa gen talasemia.

Tetapi apabila dua pembawa Thalassemia Minor berkahwin, setiap kali kehamilan berlaku:
- 25% risiko anak mendapat Thalassemia Major
- 50% anak menjadi pembawa (minor)
- 25% anak normal

Thalassemia Major bukan sekadar perlu makan ubat.

Ada pesakit yang perlu:
๐Ÿ’‰ transfusi darah setiap 2 hingga 4 minggu
๐Ÿ’Š rawatan buang lebihan zat besi sepanjang hayat๐Ÿฅ pemantauan kesihatan berterusan

Ada anak yang membesar dengan rutin keluar masuk hospital sejak kecil.

Sebab itu saringan thalassemia sebelum berkahwin sangat penting.

Bukan untuk memisahkan pasangan. Tetapi supaya pasangan memahami risiko dan membuat keputusan dengan ilmu.

Antara pilihan yang boleh dipertimbangkan pasangan:
- Tidak berkahwin
- Berkahwin dan merancang untuk tidak mempunyai anak biologikal
- Berkahwin dan bersedia menghadapi risiko terhadap zuriat

Jika ditakdirkan anda dan pasangan sama-sama pembawa Thalassemiaโ€ฆ adakah anda akan memilih untuk terus bersama atau berpisah demi masa depan zuriat? ๐Ÿค

13/05/2026

Posting ini bukan sekadar awareness biasa.

Ia untuk lelaki yang sedang berusaha mendapatkan zuriat bersama pasangan melalui hubungan suami isteri yang halal.

Ramai lelaki rasa bila belum ada anak, automatik masalah datang daripada pihak wanita.

Padahal kesihatan lelaki juga sangat mempengaruhi peluang untuk mendapatkan zuriat.

Gaya hidup harian seperti kurang tidur, stress berpanjangan, merokok, v**e, pemakanan tinggi processed food dan kurang bergerak boleh menjejaskan kualiti sperma secara perlahan-lahan tanpa sedar.

Malah ada kajian mendapati, sperma yang terlalu lama โ€œdisimpanโ€ boleh mengalami peningkatan kerosakan DNA akibat tekanan oksidatif dalam badan.

Bila kualiti sperma terganggu, ia boleh memberi kesan kepada proses persenyawaan dan perkembangan embrio.

Sebab tu lelaki juga digalakkan amalkan sumber lemak sihat yang kaya antioksidan seperti minyak zaitun extra virgin.

Kandungan hydroxytyrosol (antioksidan semula jadi) dalam minyak zaitun membantu melindungi sel sperma daripada kerosakan akibat radikal bebas, sekaligus menyokong kesihatan sperma dan hormon lelaki.

Bila seorang lelaki mula jaga kesihatan diriโ€ฆ sebenarnya dia sedang bersedia untuk memikul amanah yang lebih besar sebagai seorang ayah.

13/05/2026

Hati yang bersih datangnya dari hati yang sihat..dari hati yang Aafiyat.. Terima kasih Olive House Malaysia - HQ ๐Ÿ™‚

13/05/2026

๐ŸŽ™๏ธ ๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐š๐ข๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐”๐ง๐ฉ๐ฅ๐ฎ๐ ๐ ๐ž๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Jom saksikan slot istimewa Salam Baitullah Unplugged bersama panel jemputan khas dari Olive House.

๐Ÿ“Œ Tajuk: Bersedia Menjadi Tetamu Allah, atau Sekadar Teruja?
๐Ÿ“… Tarikh: 13 Mei 2026 (Malam Ini)
โฐ Masa: 7:45 pm

Kupasan santai namun penuh makna tentang persediaan sebenar menuju Baitullah bukan sekadar persiapan luaran, tetapi juga hati dan jiwa.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam perkongsian istimewa ini.

Hidup Aafiyat, Ibadah Nikmat.

10/05/2026

โ€œTak semua wanita menyambut Hari Ibu dengan rasa yang sama.โ€

Dalam pada ramai ibu hari ini diraikan dengan pelukan anak-anak dan ucapan daripada suami tercinta, ada juga wanita yang sedang menahan rasa dalam diam.

Ada yang baru belajar jadi ibu,
tidur tak cukup, emosi turun naik, tapi tetap cuba jadi yang terbaik setiap hari.

Ada yang menyambut dengan senyuman,
dan ada juga yang menyambut dengan rasa rindu yang tak pernah hilang.

Ada yang membesarkan anak seorang diri.
Ada yang menyayangi sepenuh hati walaupun bukan dari rahim sendiri.

Ada yang sedang kuat melawan sakit,
tapi masih lebih risau tentang keluarga daripada diri sendiri.

Dan ada juga yang setiap tahun hanya mampu melihat ucapan Hari Ibu tak dituju kepadanya,
sambil memujuk hati yang masih menunggu zuriat dengan penuh doa dan harapan.

Kadang-kadang, kita tak tahu apa yang sedang seseorang wanita lalui di sebalik senyumannya.

Hari Ibu bukan sekadar tentang sambutan atau hadiah, tetapi tentang menghargai kasih, pengorbanan, dan kekuatan seorang wanita dalam apa jua fasa kehidupannya.

Untuk semua wanita yang sedang berjuang dengan cara masing-masing,
semoga hati kalian sentiasa dipermudahkan, dikuatkan, dan dipenuhi kasih sayang yang tidak pernah kurang nilainya.

Selamat hari ibu๐Ÿค.

Address

Permatang Pauh
14000

Opening Hours

Monday 10:00 - 21:00
Tuesday 10:00 - 21:00
Wednesday 10:00 - 21:00
Thursday 10:00 - 21:00
Friday 10:00 - 21:00
Saturday 10:00 - 21:00
Sunday 10:00 - 21:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OLIVE HOUSE Bukit Mertajam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share