Kekacang yang segar Dan ranggup

Kekacang yang segar Dan ranggup Kekacang Yang Segar dan Ranggup

“Kenapa orang panggil kacang pistachio ni kacang cerdik? Kalau makan ni boleh jadi pandai ke?”Terkenal dengan gelaran ‘k...
12/01/2022

“Kenapa orang panggil kacang pistachio ni kacang cerdik? Kalau makan ni boleh jadi pandai ke?”

Terkenal dengan gelaran ‘kacang cerdik’, pistachio merupakan antara jenis kacang yang terbaik untuk diamalkan dalam diet seharian. Ini kerana khasiatnya sering dikaitkan dengan peningkatan fungsi otak. Namun sebenarnya ia bukan sahaja kaya dengan nutrisi malah mempunyai banyak kelebihan lagi.

10 Khasiat Pistachio aka ‘Kacang Cerdik’

1. Baik Untuk Minda

Sesuai dengan gelarannya, kacang seperti pistachio adalah antara sumber pemakanan yang baik untuk minda. Kandungan vitamin B6 yang terkandung dalamnya mampu meningkatkan kadar penghasilan hemoglobin dalam darah. Oleh itu, peredaran darah dan oksigen dapat dibekalkan ke seluruh anggota badan termasuk otak.

Hasilnya, minda seseorang mampu memberi tumpuan dengan lebih baik. Jadi, kalau tengah mengantuk buat kerja atau ulangkaji pelajaran, bolehlah makan pistachio untuk membantu agar lebih fokus. Bukanlah boleh jadikan kita pandai ya!

2. Tinggi Serat & Protein

Pistachio sering menjadi pilihan bagi snek sihat bukan sahaja kerana kandungan kalorinya yang dan lemak tepu rendah, malah ia kaya dengan protein dan lemak sihat. Ia juga pilihan snek yang baik kerana kandungan serat dan proteinnya yang tinggi membuatkan seseorang rasa kenyang dengan lebih cepat.

3. Meningkatkan Kesihatan Mata

Pistachio adalah antara kekacang yang mempunyai kandungan antioksidan yang tertinggi. Istimewanya pistachio ini ialah ia mengandungi antoksidan jenis lutein dan zaexanthin yang berfungsi dalam mengekalkan kesihatan mata.

Dua jenis antioksidan ini melindungi mata daripada rosak akibat pendedahan cahaya biru atau ‘blue light’ dan sekaligus mengurangkan risiko seseorang untuk terkena penyakit ‘age-related macular degeneration (ARMD)’ iaitu pereputan makular yang mengakibatkan penglihatan pusat yang tajam merosot apabila usia semakin meningkat.

4. Menyihatkan Rambut

Ramai orang menganggap masalah rambut gugur adalah kerana penggunaan syampu yang tidak sesuai atau rutin penjagaan rambut yang tidak betul. Sebenarnya, pemakanan kita juga memberi kesan kepada kesihatan rambut. Sebenarnya, pertumbuhan rambut yang sihat memerlukan pengamalan diet yang kaya vitamin dan mineral terutamanya vitamin E dan biotin.

Pistachio adalah makanan suplemen yang amat baik kerana ia mengandungi kedua-dua mineral penting ini termasuk protein asid amino L-arginin yang melancarkan peredaran darah. Ada juga orang yang mengamalkan mask rambut menggunakan pistachio dan nampak keberkesanannya dalam melawan rambut gugur, hujung rambut bercabang dan memberi kelembapan pada rambut.

5. Nilai GI Rendah

Walaupun kacang pistachio mengandungi kadar karbohidrat yang agak tinggi, tetapi ia mempunyai nilai GI (glycemic index) yang rendah. Jadi, ia baik diamalkan walaupun bagi pesakit diabetes.

Kandungan protein, lemak sihat dan serat yang tinggi dapat memerlahankan proses penyerapan gula dalam darah. Kadar antioksidannya yang tinggi p**a membantu dalam mengekalkan fungsi sel dalam pankreas yang menghasilkan insulin.

6. Awet Muda

Pistachio amat baik untuk diamalkan kerana dapat membekalkan kesihatan dalam dan luaran. Ia memberi banyak manfaat kepada kesihatan kulit. Pengambilan pistachio secara kerap mampu membekalkan antoksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas yang sering menyebabkan penuaan pada kulit.

Kadar asid lemaknya juga membantu dalam menghasilkan kulit yang sihat dan ‘glowing’. Kandungan vitamin E p**a dalam pistachio p**a dapat mengekalkan kesihatan kulit serta melindungi kulit daripada rosak akibat cahaya matahari.

7. Meningkatkan Penghasilan Darah Merah

Kacang ini juga mampu mengurangkan risiko anemia. Kandungan zat besinya dapat meningkatkan penghasilan sel darah merah, manakala mineral kuprum p**a dapat membantu penyerapan zat besi secara berkesan dalam badan. Penghasilan darah merah yang baik bermakna aliran darah dalam badan juga makin baik.

Ibu-ibu mengandung yang selalu kurang darah boleh cuba makan kacang ini untuk menaikkan bacaan hB.

8. Memperbaiki SistemPenghadaman

Salah satu kebaikan pistachio ialah sebagai sumber serat yang baik. 30 gram hidangan pistachio mampu membekalkan 3 g serat, iaitu kadar yang lebih dari mencukupi dalam memastikan sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Kandungan seratnya juga memainkan peranan penting dalam penghasilan bakteria baik dalam usus. Ini dapat mengurangkan risiko sembelit atau penyakit berkaitan seperti gastrik ulser.

9. Menyumbang Kepada Kesihatan Jantung

Mengamalkan pistachio dalam diet harian juga dapat memberi manfaat kepada kesihatan jantung. Antara kandungan penting yang dimiliki pistachio ialah antoksidan, dan asid lemak tidak tepu. Asid amino L-arginin juga dapat mengelakkan salur darah tersumbat sehingga menghasilkan darah beku.

Banyak kajian membuktikan pistachio menyumbang dalam mengurangkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dalam badan. Paras kolesterol yang baik dan terkawal dapat mengurangkan risiko seseorang daripada mengalami penyakit jantung.

10. Sumber Vitamin B6

Dalam mengamalkan pemakanan sihat, adalah penting untuk kita pastikan setiap apa yang dimakan dapat membekalkan nutrisi kepada badan. Pistachio adalah antara makanan yang mengandungi vitamin B6 yang tertinggi.

Vitamin B6 mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya, ia dapat membina sistem pertahanan badan yang tinggi serta melindungi badan daripada jangkitan dan kanser. Vitamin B6 juga membantu penghasilan asid amino yang berfungsi dalam membina sistem saraf yang sihat.

Jom amalkan doa ini secara istiqamah selepas solat. Insya Allah rezeki datang melimpah-limpah. ❤️
12/01/2022

Jom amalkan doa ini secara istiqamah selepas solat. Insya Allah rezeki datang melimpah-limpah. ❤️

Apa Kata Customer MY NUTS Jom kita baca sikit ‼️👆 Buat korang yang craving produk2 MYNUTS. "Klik link di Bio" sekarang !...
12/01/2022

Apa Kata Customer MY NUTS

Jom kita baca sikit ‼️👆

Buat korang yang craving produk2 MYNUTS.

"Klik link di Bio" sekarang !! 🔥

"Ingat kacang, ingat MYNUTS"
⭐⭐⭐⭐⭐

Nak dapatkan MYNUTS, Sila hubungi direct HQ,SHOPPEE Reseller kami & Reseller dah kami

Whatsapp:
📲 https://wa.me/60132221956
📲 https://wa.me/60132221956







Ketika anda nikmati kerangupan kacang almond Mynuts, pernahkah anda terfikir dari mana asal usul kacang almond ni sebena...
09/01/2022

Ketika anda nikmati kerangupan kacang almond Mynuts, pernahkah anda terfikir dari mana asal usul kacang almond ni sebenarnya.

Kalau anda nak tahu, kacang almond berasal dari bahagian barat Asia dan China, dan kemungkinan besar ditanam di sana. Saintis telah dapat menunjukkan Asia Barat sebagai tempat yang paling mungkin mereka mula-mula ditanam.rasanya sangat sedapnya dan ranggup

Klik link dibawah untuk sebarang pembelian secara atas talian

Whatsapp:http://www.wasap.my/60132221956/MyNuts






Kurma bukan sahaja makanan ketika di bulan Ramadhan, malah ia juga boleh menjadi makanan snek harian.Selain dari sedap d...
09/01/2022

Kurma bukan sahaja makanan ketika di bulan Ramadhan, malah ia juga boleh menjadi makanan snek harian.

Selain dari sedap dan mudah dibawa kemana-mana, kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh anda, malah ia mengandungi lebih banyak kalori dan karbohidrat.

Ubah snek harian anda kepada kurma-kurma dari Mynuts.

Klik link dibawah untuk sebarang pembelian secara atas talian

Whatsapp:http://www.wasap.my/60132221956/MyNuts






Address

Petaling Jaya
47810

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kekacang yang segar Dan ranggup posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share