Kebun Kita Petaling Jaya

Kebun Kita Petaling Jaya Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kebun Kita Petaling Jaya, Farmers market, Petaling Jaya.

Kebun Kita Petaling Jaya adalah sebuah pasar atas talian yang membantu anda mendapatkan sayuran segar dan bumbu dapur untuk memudahkan tugas anda memasak di rumah. :)

Kos beli barang basah memang meningkat. Itu kita semua sedia maklum.Sebab tu, Kebun Kita keluarkan pakej KitaBox Family....
13/11/2021

Kos beli barang basah memang meningkat. Itu kita semua sedia maklum.

Sebab tu, Kebun Kita keluarkan pakej KitaBox Family.

Penghantaran setiap minggu, jadi anda tak perlu peti simpanan yang besar. Barang juga segar dihantar.

Anda akan terima semua barang dalam senarai yang kami berikan mengikut minggu.

Dan kami datangkan dalam 2 saiz

KitaBox Family untuk keluarga kecil (2-3 orang) @ RM250/sebulan

KitaBox Family Feast (5-6 orang) @ RM400/sebulan

Untuk pemakan sayur saja, pun kami ada pakej khas @ RM150/sebulan

Kami jaga budget barang basah anda, anda urus untuk barangan lain p**a.

Kebun Kita
Segar. Mudah. Murah
https://kebunkita.biz

Harga barang memang tengah naik mendadak. Yang lebih merisaukan ialah kenaikan ini dijangka berlaku dalam jangka masa ya...
13/11/2021

Harga barang memang tengah naik mendadak. Yang lebih merisaukan ialah kenaikan ini dijangka berlaku dalam jangka masa yang agak panjang.

1. Harga bahan pembinaan naik mendadak merencatkan pembukaan kebun-kebun baru.

2. Kekurangan pekerja yang amat kritikal merencatkan penghasilan bahan makanan.

3. Harga barangan aktiviti pertanian seperti baja, minyak naik.

4. Cuaca yang tidak menentu.

5. Kekangan perjalanan yang menyebabkan kos pengangkutan terutamanya barangan import meningkat.

Semua ini menyebabkan harga barangan meningkat sekali, dua kali atau 3 kali ganda.

Cara terbaik untuk kita mendepani krisis ini ialah dengan BERSAMA!

Langgan KitaBox Kebun Kita supaya kita dapat lalui masa-masa s**ar ini bersama. Lebih banyak langganan, lebih yakin petani dan penternak kami melaksanakan aktiviti pertanian. Lebih banyak aktiviti pertanian dan penternakan, lebih mudah untuk kita kawal harga dan dapatkan pada harga berpatutan.

Jom langgan KitaBox!

https://bit.ly/kitabox
https://bit.ly/kitabox
https://bit.ly/kitabox

MUSIM HUJANPekebun-pekebun kami baru maklumkan kepada kami bahawa musim hujan dah tiba. Bersama-sama musim ini, beberapa...
10/11/2021

MUSIM HUJAN

Pekebun-pekebun kami baru maklumkan kepada kami bahawa musim hujan dah tiba. Bersama-sama musim ini, beberapa kes**aran mungkin berlaku:

1. Kualiti sayur yang mungkin menurun

Seperti yang kita maklum, sayur tak boleh terima terlampau banyak air. Jika tidak, kemungkinan besar sayur akan rosak, samada dijangkiti kulat atau pecah akibat terlampau banyak air.

2. Bekalan berkurangan

Ramai petani dan pekebun tidak mengambil risiko bertani pada musim hujan. Jadi, bekalan mungkin akan berkurangan. Jika kebiasaanya kita ada lambakan, kini kita mungkin berdepan dengan ketidakcukupan bekalan.

3. Harga naik

Pada ketika ini, yang selalu akan terjadi ialah peraih akan mula menaikkan harga. Ini yang paling merisaukan pengguna. Akibat permintaan tinggi dan bekalan yang berkurangan, harga akan melonjak naik.

Namun begitu, kami di Kebun Kita telah menjangkakan bahawa harga sayur akan meningkat di pasaran. Sebab itu, kami memperkenalkan KitaBox Vege dan KitaBox Family.

Harga KitaBox tidak berubah. Begitu juga bilangan jenis sayuran yang anda akan terima. Anda tetap akan menikmati keempat-empat pakej setiap bulan dengan penghantaran PERCUMA setiap minggu.

Jom tempah KitaBox

https://bit.ly/3CIXq8D
https://bit.ly/3CIXq8D
https://bit.ly/3CIXq8D

Kebun Kita
Segar. Mudah. Murah
https://kebunkita.biz

KEBUN KITA DI SELAMAT PAGI MALAYSIAKebun Kita bakal bersiaran di Selamat Pagi Malaysia. Tonton di TV1 atau Live FB di  p...
03/11/2021

KEBUN KITA DI SELAMAT PAGI MALAYSIA

Kebun Kita bakal bersiaran di Selamat Pagi Malaysia.

Tonton di TV1 atau Live FB di pada:

Hari: Jumaat
Tarikh: 5 November 2021
Mulai jam 8.00am hingga 11.00am

Kami akan memperkenalkan program CSR terbaru kami Suapan Kasih Asnaf.

Apa tu? Kami akan memberi maklumat lanjut secara langsung di

Kebun Kita
Segar. Mudah. Murah
https:kebunkita.biz

STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS Ini maklumat terkini dari supplier kami. Di Cameron Highlands sekarang, harga 1 pek buah st...
30/10/2021

STRAWBERRY CAMERON HIGHLANDS

Ini maklumat terkini dari supplier kami. Di Cameron Highlands sekarang, harga 1 pek buah strawberi 500g ialah RM30!

Kenapa harga naik? Sebab sekarang dah masuk musim hujan, jadi buah tak berapa menjadi. Ditambah p**a dengan lebih ramai pelancong selepas pengumuman rentas negeri kini dibolehkan. Permintaan di Cameron sendiri melonjak tinggi. Jadi, terpaksa mereka naikkan harga di atas sana.

Di Kebun Kita, harga strawberi kami masih kekal RM18 untuk setiap pek 500g. Jadi, anda tak perlu pergi ke Cameron Highlands untuk beli strawberi.

Beza berapa ringgit tu?

Jom beli Strawberi dengan Kebun Kita mulai Isnin ini. Penghantaran bermula hari Selasa.

Kebun Kita
Segar. Mudah. Murah
https://kebunkita.biz

KENAPA TAK BOLEH PICIT SAYUR?Rasanya soalan simple kot. Semua orang pun tahu jawapan. Tapi...kome buat jugak. Kadang tu,...
29/10/2021

KENAPA TAK BOLEH PICIT SAYUR?

Rasanya soalan simple kot. Semua orang pun tahu jawapan. Tapi...kome buat jugak. Kadang tu, pening kepala menengoknya. Kome picit-picit, cuba patah-patah. Lepas tu, idok membeli.

OK...sekarang kita buka cerita ye?

1. Kalau nak sayur tu segar, datanglah ke pasaraya atau pasar basah AWAL PAGI. Jangan le jam 11.00 pagi baru nak terhegeh-hegeh masuk dalam kereta. Dah tentu bila sampai pasar, dia dah layu.

2. Bila petani hantar sayur, tengok pasar mana yang membeli, biasanya mereka TAK DIBAYAR serta-merta. Mereka akan dibayar kalau tiada masalah dengan sayur saja. Now...kadang-kadang, penjual akan bayar, dari apa yang terjual.

3. Sayur mungkin akan terkena bakteria/virus dari anda. Ater kome ingat tangan kome bersih nak picit2 sayur-sayur ni? Dah picit, dia lembik. Dah lembik kome 'eeeeiiiuuuwww...tak fresh' dengan gaya tangan atas bahu, dagu mendongak macam si Sajat (tapi kome jantan sejati katanya).

Kome dok picit, rodok, patahkan sayur tu, agak-agak, orang belakang akan beli tak? Tentulah tak, kan? Kalau satu orang buat, tahan lagi...ini kalau 50 orang buat? Ater...mana nak dibayar ke petani?

Ada petani kami dulu pernah kena. Dia hantar gred A, besar, panjang, elok...bila habis hari, peniaga snap gambar, sayur dah patah-patah. Dikatanya petani tu hantar yang rosak. Tolak duit. Udoh le kena paksa jual murah, kena tolak lagi. Jangan gitu...rezeki orang, penat-lelah orang, kome buat main-main. Cuba orang buat kat kome, buat macam koje kome takde nilai, hampa tak? Haaa...jangan cenggitu. Tak baik.

Itu le pasalnya Kebun Kita buat KitaBox terus. Dari kebun, terus packing, terus sampai ke rumah. Tak sempat nak ada orang lain rodok sayur kome. Sebab tu kami bubuh perkataan 'Segar' tu. Sebab dari kebun, bukan dari tempat lain dulu.

Sekarang dah faham? Jangan rodok-rodok sayur lagi tau! No no no...

Nak senang? Moh beli terus KitaBox. Tak payah keluar rumah, barang sampai tiap2 hujung minggu. Fresh dari kebun. Tak sempat orang lain nak rodok2. Klik link

https://bit.ly/KitaBoxFamily
https://bit.ly/KitaBoxFamily
https://bit.ly/KitaBoxFamily

Siap dapat macam-macam lagi.

Kebun Kita
Segar. Mudah. Murah
https://kebunkita.biz

Mulai esok, gais!Dari Kebun Terus ke DapurAnda sibuk? Anda seorang introvert? Anda tak s**a keluar rumah? Tapi, anda leb...
27/10/2021

Mulai esok, gais!

Dari Kebun Terus ke Dapur

Anda sibuk? Anda seorang introvert? Anda tak s**a keluar rumah? Tapi, anda lebih s**a makanan segar dari dapur sendiri berbanding makanan luar? Anda mempunyai keluarga tersayang yang jauh dari anda dan anda mahu pastikan mereka sentiasa mempunyai makanan segar?

Bermula dari RM150/sebulan (penghantaran setiap minggu). Dapatkan hasil kebun segar dari Kebun Kita terus ke dapur anda tanpa perlu anda ke luar rumah. Kami hantarkan terus kepada anda setiap minggu bagi memastikan bekalan anda sentiasa segar.

Dapatkan pelbagai pilihan hasil tani dan ternak dengan lebih mudah, konsisten dihantar ke rumah anda setiap dua minggu.

1. Kebun KitaBox mempunyai 3 pakej:

a. KitaBox Vege: Sayuran Sahaja /bulan

b. KitaBox Family: Kelengkapan barangan segar untuk keluarga 2 – 3 orang /bulan

c. KitaBox Family Feast: Kelengkapan barangan segar untuk keluarga 5 – 6 orang /bulan

Kebun Kita
Segar. Mudah. Murah
https://kebunkita.biz

FEATURED ITEM TODAYPandai Masak Laksa Hanya pada harga istimewa RM20.Masukkan daun kesumMasukkan bunga kantanTambah Kuah...
13/10/2021

FEATURED ITEM TODAY

Pandai Masak Laksa

Hanya pada harga istimewa RM20.

Masukkan daun kesum
Masukkan bunga kantan
Tambah Kuah Laksa Utara Segera

Hidang untuk keluarga kecil 3-4 orang.

Order cepat di Kebun Kita
Kebunkita.biz
Kebun Kita
Segar. Mudah. Murah

Address

Petaling Jaya
47300

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kebun Kita Petaling Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category