09/12/2022
*KEINDAHAN BUDAYA DAN KEMESRAAN KARIAH DORONG PESERTA MEMELUK ISLAM*
Keindahan budaya masyarakat Islam di Malaysia yang mesra dan saling hormat menghormati telah mendorong rasa teruja seorang peserta program Cooperative to Cooperative Trade & Business Conference, Mr. Leintz Vusilai untuk memeluk agama Islam.
Beliau ketika mengunjungi pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Klang pada 8 Disember 2022 bagi mendaftar status pengislamannya turut diiringi oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah serta barisan pegawai dan pengurusan ANGKASA yang lain.
Mr. Leintz yang merupakan Pegawai Pentadbiran Vanuatu Cooperative Business Network (VCBN) dari Port Villa, Kepulauan Vanuatu turut menerima cenderamata tanda kenangan selain Kad Islam dan Surat Pengesahan Pengislamannya daripada pihak MAIS.