06/06/2023
PERJUANGAN SEORANG LEADER.
Dalam dunia bisnes, bos merupakan seorang leader. Seorang leader yang hebat adalah seorang pejuang.
Setiap orang mempunyai cara perjuangan yang berbeza.
Setiap orang berjuang dalam kategori masing-masing. Kita tak perlu persoalkan perjuangan orang lain.
Kita tak boleh kata apa la yang si A ni buat benda yang berulang-ulang saja.
Pejuang yang hebat tak akan mengenal erti penat biar pun tak cukup tidur. Kepuasan hanya dirasai apabila orang lain gembira dengan hasil kerja mereka.
Jadi, bila kita berjuang, jangan complain penat. Sebab kita berjuang untuk apa yang kita percaya, apa yang kita minat dan apa yang kita mahu.
Sama juga, orang lain juga ada perjuangan mereka sendiri.
Itulah yang membuatkan mereka rasa enjoy dengan apa yang dilakukan.
Gunakan segala gift, skill atau kebolehan yang ada untuk mencapai matlamat perjuangan kita.
Apa yang anda perjuangkan?