Kekal Sihat Bersama HKIII

Kekal Sihat Bersama HKIII GlucoL membantu menyingkirkan penyerapan gula dalam makanan! Mencegah gula tinggi selepas makan!

Fast Fact ✅ Majoriti penghidap G6PD deficiency adalah lelaki✅ Penghidap G6PD deficiency akan ada masalah ini seumur hidu...
17/12/2021

Fast Fact
✅ Majoriti penghidap G6PD deficiency adalah lelaki
✅ Penghidap G6PD deficiency akan ada masalah ini seumur hidup. Tiada rawatan untuk 'memperbanyakkan' enzim ini
✅ Penghidap perlu elakkan dari terdedah kepada bahan terlarang yang akan akibatkan sel darah merah pecah dan menyebabkan masalah kurang darah
Jika anda kenal sesiapa menghidap masalah ini
- Elakkan dari terkena asap ubat nyamuk jenis lingkaran
- Jangan beri makan kacang parang/ kacang sepat
- Elakkan dari terkena wap ubat gegat
- Jika bela ikan, hati hati dengan bahan pewarna biru
Jika terkena, sel darah akan pecah dan individu tersebut akan alami gejala pucat, sakit perut, kencing berwarna gelap— bawalah dengan segera ke hospital

Siapa hari ini makan sayur bayam?Tahniah. Kerana bayam banyak manfaat kepada kesihatan. Kajian terkini dari KKM (NHMS) m...
16/12/2021

Siapa hari ini makan sayur bayam?

Tahniah.

Kerana bayam banyak manfaat kepada kesihatan.

Kajian terkini dari KKM (NHMS) menunjukkan 95% rakyat Malaysia TIDAK makan sayur dalam jumlah yang mencukupi! Sayangnya kerana sayur banyak kebaikan untuk kesihatan kita.

Kepada sesiapa yang yang tidak s**a sayur, berazamlah untuk mula meminati sayur, tidak kiralah sama ada ulam atau sayur yang telah dimasak.

Anda tahu ke-ghisau-an, kegelisahan atau anxiety adalah salah satu masalah kesihatan mental. Dan anda tahu gejalanya ada...
13/12/2021

Anda tahu ke-ghisau-an, kegelisahan atau anxiety adalah salah satu masalah kesihatan mental. Dan anda tahu gejalanya adalah pemikiran yang terganggu. Namun tahukah anda, kerisauan boleh menyebabkan gejala fizikal?

Gejala seperti sembelit, berdebar, nafas yng laju.

Kebanyakannya tidak ramai tahu mereka mempunyai masalah anxiety sehingga berjumpa dengan doktor. Mereka menganggap gejala ini semuanya disebabkan masalah perubatan yang lain seperti masalah jantung, usus, dll.

Kami share beberapa gejala kerisauan yang berbentuk dizahirkan dalam bentuk fizikal. Jika anda ada gejala-gejala ini, mungkin boleh rujuk dengan doktor anda untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan.

Semoga bermanfaat.

Kopi tidak sesuai untuk kanak kanak kerana ia mengandungi kafien. Ia menyebabkan gangguan penyerapan kalsium yang sangat...
07/12/2021

Kopi tidak sesuai untuk kanak kanak kerana ia mengandungi kafien. Ia menyebabkan gangguan penyerapan kalsium yang sangat penting untuk pembentukan tulang dan tumbesaran.
Selain itu menyebabkan kanak kanak terlalu aktif rasa gelisah dan akan alami kes**aran untuk tidur.
Setakat nak minum sedikit (rasa) tiada masalah, cuma jangan jadikan ia minuman harian untuk mereka sehinggalah mencecah usia remaja

03/12/2021

Siakap ikan yang banyak khasiatnya. Ia kaya dengan pelbagai nutrien seperti omega 3 yang baik untuk kesihatan kardiovaskular. Ia memberikan 6-11% keperluan potassium dan magnesium harian dalam badan.

Walau bagaimanapun, seperti mana-mana makanan, perlulah diambil secara sederhana dan berpada-pada. Pantang orang kita dengar berkhasiat, diambilnya dengan kuantiti yang banyak. Jika berlebihan ia boleh memudaratkan.

Semoga bermanfaat.

ZinkZink diperlukan oleh badan bagi fungsi berikut :✅Membantu proses penghadaman karbohidrat, lemak dan protein✅Mencegah...
02/12/2021

Zink

Zink diperlukan oleh badan bagi fungsi berikut :
✅Membantu proses penghadaman karbohidrat, lemak dan protein
✅Mencegah pengurangan sensitiviti deria rasa dan hidu

Kekurangan zink yang kronik boleh menyebabkan :
❗Penyembuhan luka yang lambat
❗Kehilangan deria rasa

Vitamin CVitamin C diperlukan oleh badan untuk fungsi berikut :🍋Membantu badan melawan jangkitan🥝Mengurangkan risiko pen...
01/12/2021

Vitamin C

Vitamin C diperlukan oleh badan untuk fungsi berikut :
🍋Membantu badan melawan jangkitan
🥝Mengurangkan risiko penyakit
🍅Membantu dalam penyerapan ferum

Kekurangan vitamin C yang kronik boleh menyebabkan :
⛔️Skurvi
⛔️Kurang selera makan
⛔️Gusi berdarah
⛔️Keletihan
⛔️Kemurungan

Pankreas-Organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin. -...
30/11/2021

Pankreas

-Organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin.
-Insulin membolehkan tisu-tisu menggunakan glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal.
-Jika insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan paras glukos akan meningkat dalam darah.

Keadaan ini dinamakan Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Diabetis terbahagi kepada:
1️⃣Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I
2️⃣Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II

SERAT (FIBER)Serat adalah sebahagian daripada komponen tumbuhan yang tidak boleh dihadamkan oleh sistem penghadaman manu...
25/11/2021

SERAT (FIBER)

Serat adalah sebahagian daripada komponen tumbuhan yang tidak boleh dihadamkan oleh sistem penghadaman manusia. Ia hanya terdapat dalam tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang dan bijian. Terdapat dua jenis serat iaitu serat larut dan serat tidak larut. Serat tidak larut akan mengikat kepada air. Ini dapat meningkatkan pukal dan melembutkan najis serta mempercepatkan pergerakan dalam usus.

Antara kebaikan serat kepada kesihatan termasuk:
🥗Mencegah masalah sembelit
🥗Mengurangkan paras kolesterol dalam darah
-Kolesterol dikeluarkan dari badan melalui perkumuhan asid hempedu. Serat larut akan terikat pada asid hempedu dan mengakibatkan kolesterol dikeluarkan dari badan. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan seratnya dikatakan dapat menurunkan paras kolesterol darah.
🥗Mengurangkan risik penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser (contoh: kanser kolon).

Address

No 45, Jalan Pontian Maju 2, Taman Perindustrian Mutiara
Pontian
82000

Telephone

+60162579305

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kekal Sihat Bersama HKIII posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share