DARI Dapur Pilihan

DARI Dapur Pilihan Demi kerana minat memasak, laman ini diwujudkan, untuk berkongsi resepi. Silakan kongsi jika berminat.

06/02/2026

Buat raya

PETUA SIMPAN KELAPA PARUT AGAR TAHAN LAMA
11/06/2025

PETUA SIMPAN KELAPA PARUT AGAR TAHAN LAMA

Setiap kali beli kelapa parut di pasar, mesti fikir dua kali. Kalau tak digunakan dalam masa dua hingga tiga hari, memang akan cepat basi walaupun disimpan dalam peti

11/06/2025
CARA SIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL1. Jangan cuci daging korban sebelum disimpan.Jika cuci guna air paip, kuman-kuman b...
11/06/2025

CARA SIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL

1. Jangan cuci daging korban sebelum disimpan.

Jika cuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakkan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak.

2. Jangan simpan daging dalam kuantiti yang banyak di dalam ruang sejuk beku (freezer).

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2 hingga 4 kg di dalam freezer. Cara yang betul adalah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran ½kg atau 1 kg.

Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil saja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer.

3. Jangan terus simpan daging di dalam ruang sejuk beku (freezer).

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4 hingga 5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam bahagian sejuk beku atau freezer.

4. Jangan cairkan daging beku dengan menggunakan air panas.

Jika hendak memasak daging beku, jangan cairkan daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).

Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan dan daging sedia untuk dimasak.

5. Jangan pakai plastik warna hitam untuk membungkus daging.

Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil kitar semula. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar tertutup (sealed transparent plastic).

Semoga bermanfaat!

Sumber: https://myresipi.com/Fadhlee Fitri Abu Bakar

24/02/2025

Address

KL
Port Klang
51000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DARI Dapur Pilihan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share