04/05/2024
Best giler buat kek sarang semut guna periuk Noxxa..xyah perap tu best..InsyaAllah sarang menjadi🥰 pengalaman yang sangat mengujakan. 1st time buat, 1st time jadi‼️‼️‼️
Utk korang, dinde sediakan resepi okay. Thanks me later😂
KEK SARANG SEMUT
Bahan A
1cwn gula
1cwn air pns
3sb margerin/butter
*cairkan gula sampai perang kemudian masukkn air pns pelahan2..masukkn margerin/butter
Bahan B
4biji telur grad B
1/2 cwn susu pekat
1 sk soda bikarbonat
1 sk esen vanilla
1 cwn tepung gandum
Cara-cara:
👷♀️ sediakan gula hangus, cairkan gula pada api sederhana dan sentiasa kacau bila berbuih padamkan api dan terus kacau. Masukkn air panas sikit2 hingga habis. Buka semula api , didihkan dan letak butter. Padam api bila butter cair dan ketepikan. Tak perlu tunggu sejuk.
👷♀️ ayak tepung + soda bikabonat . Ketepikan.
👷♀️ pukul manja telor dan tambah esen vanilla dan susu pekat. Kacau rata.
👷♀️ masukkan tepung sikit2 dan kacau rata.
👷♀️ masukkan air gula hangus tadi dan Kacau rata.
👷♀️ oles innerpot dgn minyak atau butter.
👷♀️ tuang da tapis adunan ke dalam innerpot . Set cake...tombol hala ke steam. atau steam 25.
👷♀️ habis masa tekan off dan biarkan sedikit sejuk sblm dikeluarkan dan sejukkan atas ridai.
👷♀️tips :
🙄 utk penyediaan gula hangus tu pastikan bahan2 semua telah sedia baru buat kerana gula bila dah mencair akan membuak dan akan hangus. Terlalu hangus akan memahitkan kek anda. Tidak perlu sejukkan dulu air gula... sbb sementara kita sediakan bahan2 lain gula dh mula suam.
🙄 telur tu tak perlu pukul sampai kembang. Jika terlebih beat akan menyebabkan kek anda terlalu gebus dan sarang tidak akan terbentuk. Pukul manja saja.
🙄 adunan akan sedikit cair, jangan risau sbb bila bakar guna periuk ia akan kering dan masak elok.
🙄 terus letak adunan dlm innerpot dan bukan loyang atau bekas lain, sarang tidak akan terbentuk jika letak dlm bekas lain.
🙄 adunan ni xya perap2 kalo guna periuk noxxa.. terus je bakar. Kalo cara lain...perap ye sejam camtu
🙄 jangan derhaka resepi eah... kalau derhaka .. x dapek nak nolong 🤣🤣
www.wasap.my/601121455010/periuknoxxa