D' Anjung KUALA

D' Anjung KUALA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from D' Anjung KUALA, Lot 52a kg kuala sg baru, Puchong.

22/04/2023

RESEPI CHAR KUE TEOW GORENG SEDAP

Bahan2:
sebungkus kue teow
tauge
daun kucai
udang
bawang putih
5 titik minyak bijan
telur 2 biji
cili mesin (ikut kepedasan yg diingini, saya buat tak pedas sgt dlm 3 sudu je...)
kicap pedas manis sesudu
kicap manis (ikut rasa)
sos char kuey teow dlm 2-3 sudu

Caranya:
1) pecahkan telur dan buat mcm scramble egg tu..then keluarkan

2) goreng udang sebentar dan keluarkan

3) titik bawang putih dlm minyak yg sama, tumis hingga naik bau, kemudian masukkan cili mesin...tumis hingga garing, masukkan sedikit air mengikut keperluan.

4)masukkan kicap pekat manis, kicap manis, sos char kuey teow, didihkan sebentar.

5) masukkan kue teow, kacau sebentar dan masukkan udang dan telur, kacau sebati masukkan daun kucai. Titikan minyak bijan sedikit...Perisakan masakan. Kalau rasa tawar, blh tambah kicap atau garam (saya tak letak garam)...last sekalu masukkan tauge, dan tutup api. Kacau . Sekian...selamat mencuba

Kredit: Nanny Ammar

Resepi mudah dan sedap di t.me/MasakKeHariNi

20/04/2023

Alhamdulilah...salah satu punca rezeki kami sekeluarga...since 1988 hingga sekarang..tak lahir lg ayah dh niaga cendol utk menyara kami adik beradik

Assalamualaikum..

Ni resepi cendol
Bahan-Bahan:

3 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung ubi kayu
1 jug air pandan
2 sudu garam
1 sudu kecil air kapur
Sedikit perwarna hijau

Cara Membuat:

1. Kacau semua bahan..dan tapis dlm periuk
2. Kacau sampai kental dan masak..seperti nk masak dodol
3.masak sampai berkilat dan kenyal
4.sedia utk di lenyekkan dlam acuan
5.pastikan air yg tadah semasa nk lenyek cendol air yg sejuk(ais)

Kredit Resepi : yumelliya khaidir via mahn

17/04/2023
15/04/2023

Ayam Goreng Berempah Rangup

Bahan-bahan:
* 2 ekor Ayam – basuh bersih
* 2 biji Bawang besar – kisar hancur
* Lengkuas - saiz ibu jari – kisar hancur
* Halia - saiz ibu jari – kisar hancur
* 3 batang Serai – kisar hancur
* 1 sudu makan Jintan manis – ditumbuk
* 1 sudu makan Jintan putih – ditumbuk
* 2 sudu makan Serbuk kunyit
* 3 sudu makan Serbuk kari daging
* 2 sudu makan Tepung jagung
* 2 sudu makan Garam

Resepi 👉 kliksini.top/Aneka-Resepi-Daging

Cara-cara:
1. Curahkan semua bahan yang dikisar hancur bersama-sama jintan manis dan jintan putih yang dah ditumbuk ke dalam ayam
2. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk kari daging, tepung jagung dan garam p**a. Gaul rata
3. Perapkan ayam selama 1 jam. Tujuannya supaya bahan tadi meresap masuk segala rempah keseluruh ayam.
4. Selepas 1 jam bolehlah panaskan minyak dan mula mengoreng, pastikan menggunakan minyak banyak dan betul-betul panas sebelum masukkan ayam.
5. Sewaktu menggorengkan ayam, masukkan sahaja daun kari ke dalam kuali. Baunya sangat wangi

Kredit: Ameera

Address

Lot 52a Kg Kuala Sg Baru
Puchong
47100

Opening Hours

Monday 11:00 - 00:00
Tuesday 11:00 - 00:00
Wednesday 11:00 - 00:00
Thursday 11:00 - 00:00
Friday 11:00 - 00:00
Saturday 11:00 - 00:00
Sunday 11:00 - 00:00

Telephone

+60133334936

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D' Anjung KUALA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share