Jeti Nelayan Pasir Putih Putatan

Jeti Nelayan Pasir Putih Putatan JT Nelayan Pasir Putih ialah sebuah tempat bg pendaratan ikan segar dan penjualan trus kepada pembeli

Alhamdulillah, peserta Program Menambah Pendapatan Nelayan: Memancing Laut Dalam bagi trip 7–10 Mei telah selamat tiba d...
10/05/2026

Alhamdulillah, peserta Program Menambah Pendapatan Nelayan: Memancing Laut Dalam bagi trip 7–10 Mei telah selamat tiba di Pasar Nelayan Pasir Putih Putatan selepas beberapa hari berada di laut.

Hasil tangkapan laut segar terus dibawa ke pasar untuk proses penjualan kepada penduduk setempat dan pembeli sekitar Putatan. Program ini bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan nelayan persisiran, malah membuka peluang ekonomi komuniti melalui aktiviti perikanan laut dalam.

Terima kasih kepada semua pihak yang terus menyokong usaha memperkasa komuniti nelayan tempatan.












Hanani Hasani, untuk makluman, ikan yang dijual di Pasar Nelayan Pasir Putih Putatan memang hasil laut segar.Nelayan aka...
30/04/2026

Hanani Hasani, untuk makluman, ikan yang dijual di Pasar Nelayan Pasir Putih Putatan memang hasil laut segar.

Nelayan akan tiba di jeti sekitar jam 7:30 pagi setiap hari untuk proses pendaratan ikan. Selepas itu, ikan terus dijual di pasar dan jualan berlangsung sehingga habis. Kebiasaannya memang cepat habis sebab permintaan tinggi πŸ‘

Nelayan di sini juga berada di bawah persatuan nelayan yang sah, dan mereka turun ke laut sendiri menggunakan perahu serta pukat.

Kalau datang sendiri ke jeti atau pasar, boleh nampak proses nelayan turunkan ikan dari perahu, memang fresh terus dari laut.

Udang laut baru sampai 1kg rm 45 boleh coll sya ya Jessica 017-8373124 masi ada di jt pasir putih ya datang ja
08/04/2026

Udang laut baru sampai 1kg rm 45 boleh coll sya ya Jessica 017-8373124 masi ada di jt pasir putih ya datang ja

🌊 Perkongsian dari Program Menambah Pendapatan Nelayan Persisiran: Memancing Laut Dalam (3H2M) 🎣Alhamdulillah, para pese...
09/11/2025

🌊 Perkongsian dari Program Menambah Pendapatan Nelayan Persisiran: Memancing Laut Dalam (3H2M) 🎣

Alhamdulillah, para peserta telah selamat tiba di Jeti Pasir Putih, Putatan dan penjualan hasil laut segar telah pun berlangsung dengan jayanya di Pasar Nelayan Pasir Putih. πŸŸπŸ¦‘πŸ¦

Program ini bukan sekadar aktiviti memancing, ia merupakan usaha ke arah pembangunan mampan (Sustainable Development Goals - SDG) dengan memberi peluang kepada nelayan kecil menambah pendapatan, mengurus hasil tangkapan dengan lebih efisien, serta menggalakkan ekonomi komuniti setempat. πŸ’ͺ🏽🌱

Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong inisiatif ini. Bersama kita bangunkan komuniti nelayan yang lebih berdaya saing dan lestari! πŸŒπŸ’™

🎣 LATIHAN PERSEDIAAN SEBELUM TRIP MEMANCING LAUT DALAMProgram Menambah Pendapatan Nelayan Persisiran 🌊Kami telah melaksa...
25/10/2025

🎣 LATIHAN PERSEDIAAN SEBELUM TRIP MEMANCING LAUT DALAM
Program Menambah Pendapatan Nelayan Persisiran 🌊

Kami telah melaksanakan sesi latihan perbincangan bersama peserta program bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sebelum turun ke laut.

πŸ’‘ Latihan yang dijalankan:
1️⃣ Kenal Pasti Target Ikan – Peserta belajar mengenal jenis ikan sasaran mengikut kawasan, musim dan teknik yang sesuai.
2️⃣ Pemasangan Umpan yang Berkesan – Perbincangan tentang cara memilih dan memasang umpan terbaik bagi setiap spesies ikan sasaran.

Melalui latihan ini, peserta bukan sahaja menambah ilmu tetapi juga memperkukuh kerjasama dan strategi sebelum aktiviti laut sebenar dijalankan.

πŸ“ Tempat: Pasar Nelayan Pasir Putih Putatan.
πŸ“… Tarikh: 25 Oktober 2025

πŸ”— SDG yang terlibat:
βœ… SDG 1 – Tiada Kemiskinan
βœ… SDG 8 – Pekerjaan Layak & Pertumbuhan Ekonomi
βœ… SDG 14 – Hidupan Laut

πŸ“Έ LATIHAN PRAKTIKAL PENJUALAN IKAN DALAM WHATSAPP KOMUNITIπŸ—“οΈ 16 Oktober 2025 | πŸ•“ 4.00PM – 5.30PMπŸ“ Jeti Nelayan Kg. Pasir...
17/10/2025

πŸ“Έ LATIHAN PRAKTIKAL PENJUALAN IKAN DALAM WHATSAPP KOMUNITI
πŸ—“οΈ 16 Oktober 2025 | πŸ•“ 4.00PM – 5.30PM
πŸ“ Jeti Nelayan Kg. Pasir Putih, Putatan

Program Menambah Pendapatan Nelayan Pesisiran: Memancing Laut Dalam, anjuran Koperasi Usahawan Nelayan Sabah Berhad. Sesi ini memberi peluang kepada para nelayan untuk belajar secara praktikal cara memasarkan hasil tangkapan melalui WhatsApp Community.
Mereka diajar teknik mengambil gambar produk yang menarik, menulis ayat promosi yang berkesan, menetapkan harga jualan, dan berinteraksi dengan pelanggan secara profesional.

Latihan ini turut melibatkan simulasi jualan sebenar di mana para peserta memuat naik gambar ikan segar ke dalam komuniti yang kini mempunyai lebih 400 pembeli aktif! 🐟
Langkah ini bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan nelayan, tetapi juga menghubungkan terus antara nelayan dan pembeli tanpa orang tengah.

🌊 Melalui komuniti ini, pembeli dapat menikmati:
βœ… Ikan segar terus dari laut dengan harga lebih berpatutan
βœ… Update stok setiap hari
βœ… Privasi terjamin β€” nombor ahli lain tidak kelihatan, bagi mengelak scam
βœ… Dan yang paling penting, dapat sokong nelayan tempatan πŸ’ͺ

🎯 SDG yang terlibat:
1️⃣ SDG 1 – Tiada Kemiskinan: Meningkatkan pendapatan nelayan kecil melalui keusahawanan digital
2️⃣ SDG 8 – Pekerjaan Layak & Pertumbuhan Ekonomi: Membangun potensi ekonomi komuniti pesisir
3️⃣ SDG 10 – Mengurangkan Ketidaksamaan: Memberi peluang sama rata kepada nelayan luar bandar
4️⃣ SDG 14 – Hidupan Laut: Menggalakkan pengurusan hasil laut secara mampan

🎣 JOM SERTAI KOMUNITI PEMBELI IKAN SEGAR PUTATAN!
Nikmati ikan segar terus dari laut sambil membantu nelayan tempatan menambah pendapatan.

Klik pautan di bawah untuk sertai πŸ‘‡
πŸ”— https://chat.whatsapp.com/CQSX9PVmmwRAd3Fyfs5WK5?mode=wwt

Mari bersama sokong ekonomi nelayan pesisir & komuniti tempatan kita! πŸ’™πŸ 

Pada 25 Ogos 2025, telah berlangsung pelepasan rasmi Sea Trial 3H2M bagi Projek Menambah Pendapatan Nelayan Persisiran: ...
27/08/2025

Pada 25 Ogos 2025, telah berlangsung pelepasan rasmi Sea Trial 3H2M bagi Projek Menambah Pendapatan Nelayan Persisiran: Memancing Laut Dalam, melibatkan 20 orang nelayan dari Jeti Pasir Putih Putatan.
Pelepasan diadakan di Pelabuhan SAFMA Kota Kinabalu dan disempurnakan oleh:

β–ͺ️ Tuan Mohd Isquzawan Israq bin Arsit – Timbalan Pengerusi SAFMA
β–ͺ️ Tuan Mohd Faquzree bin Salim – Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan Kota Kinabalu
β–ͺ️ Tuan Mohd Iskandar bin Samsuddin – Ketua Projek & Wakil Service Provider, Koperasi Usahawan Nelayan Sabah Berhad

Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik:
🀝 APPGM-SDG
🀝 Koperasi Usahawan Nelayan Sabah Berhad
🀝 Persatuan Nelayan Kawasan Kota Kinabalu (PNK-KK)
🀝 Kumpulan Penyelaras Nelayan Jeti Pasir Putih Putatan

πŸ“… Pada 27 Ogos 2025, peserta telah kembali dengan selamat, dan hasil tangkapan amat memberangsangkan.
Penjualan terus dijalankan di Pasar Nelayan Pasir Putih Putatan, dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat.

Agihan hasil jualan akan dilaksanakan kepada:
βœ… Para peserta (nelayan yang menyertai trip)
βœ… Penjual ikan (isteri dan anak-anak nelayan yang mengurus jualan di pasar)
βœ… Pihak pengurusan (bagi menampung kos dan menjamin kelangsungan trip akan datang)

SDG yang Terlibat dalam Projek Ini:
1. SDG 1: Menghapuskan Kemiskinan – Meningkatkan pendapatan golongan nelayan persisiran
2. SDG 2: Menamatkan Kelaparan – Menyumbang kepada keselamatan makanan melalui sumber laut
3. SDG 8: Pekerjaan yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – Menyediakan peluang pekerjaan produktif dan berpendapatan
4. SDG 14: Hidupan di Laut – Menggalakkan penangkapan ikan secara mampan
5. SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat – Melalui kolaborasi koperasi, komuniti, agensi dan APPGM-SDG

Ada udang sekarang ini Di jetty ya. Jemput datang
08/08/2025

Ada udang sekarang ini Di jetty ya. Jemput datang

Address

Kg Pasir Putih Putatan
Putatan
88200

Telephone

+601126432314

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jeti Nelayan Pasir Putih Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category