20/06/2022
SETELAH AKU HAMPIR BERPUTUS ASA, AKHIRNYA..
Walaupun aku pernah merancang untuk hamil kali ke 3 tapi ntah kenapa kali ini berbeza rasanya, mungkin juga sebab jurang perbezaan antara anak pertama dan kedua kurang daripada 2 tahun.
7 TAHUN bukanlah jangka masa yang pendek, kerana berkerja, aku tangguhkan niatku untuk menimang cahaya mata yang ketiga. Masa berlalu begitu pantas, tanpa sedar anak ku yang kedua sudah berusia 7 tahun..
Aku "STOP" mengambil ubat perancang dalam 2 tahun yang lalu. Pelbagai cara dan ikhtiar aku dan suami lakukan agar aku mengandung lagi. Namun kami masih diuji dengan keputusan yang seringkali negatif.
Setiap kali aku terpandang ujian kehamilan di Guardian aku jadi marah dan geram. Dalam hati terdetik, adakah faktor usia yang beranjak angka 4 buat aku s**ar untuk hamil?
Firasat seorang ibu ini kuat. Hanya dengan melihat aku anaknya, dia dapat merasakan yang aku sebenarnya sangat teringinkan anak lagi. Mommy pesan "Minumlah jamu, mommy pernah cuba, terus keluar darah berketul ketul". Mungkin sebab momy tahu kitaran haidku tidak teratur jadi dia berkata sedemikian.
Aku akur dengan Nasihat Momy agar mengambil suplimen tradisional, tiba-tiba Allah nampakkan aku iklan Jamu seorang sahabat lalu di media FB. Dan akhirnya tanpa sedar aku minum Jamu dengan konsisten.
Kebiasaannya haid ku tidak teratur, boleh jadi 3 hari, boleh jadi 2 hari dan terhenti. Menurut Doktor, haid yang tidak konsisten datangnya boleh jadi akibat dari pengambilan pil pil perancang dalam masa yang agak lama dan menyebabkan hormon tidak stabil.
Aku akui, dalam jangka masa 4 tahun yang pertama, pelbagai alternatif perancang kehamilan aku guna. Berjarum sudah, minum morning pill sudah, minum ubat perancang secara konsisten pun sudah. Malah boleh dikatakan, haid ku tidak pernah stabil selama mengamalkan ubat perancang. Aku yakin ini di antara penyebab besar aku s**ar hamil..
Alhamdulillah, asbab konsisten minum Jamu haidku kembali teratur. PALING BEST no more "period pain" atau sakit senggugut yang teruk.
Orang tua cakap, bila kita ternanti nanti takut tak jadi. Mungkin sahaja ini hadiah terindah buat diriku dari ya Allah SWT. Satu hari, aku tiba-tiba merasa loya. Keadaan ini berterusan selama beberapa hari. Aku cuba mengingati kembali tarikh "period" ku yang terakhir, EH? dah masuk 3 bulan tak Period? Bila masa aku terlepas kira ni..
Tanpa bagitahu sesiapa, aku bergegas ke Guardian. Bukan satu, tapi 6 set ujian kehamilan aku beli dari pelbagai jenis jenama (just to make sure) dan ALHAMDULILLAH kesemua 6 set ujian kehamilan menunjukkan keputusan POSITIF ๐ญ
Tapi aku masih ragu dan tidak percaya, eh betul ka?
Aku gagahkan diri pergi jumpa Doktor untuk scan.. Alhamdulillah Doktor sahkan aku hamil 3 bulan.
Mungkin hati wanita ku masih terlalu terkejut untuk menerima berita gembira ini.
Saat aku dan suami di khabarkan berita gembira, suamiku yang paling teruja. Selang seminggu, aku merasa perubahan dalam diriku.. waktu itu, aku rasa seperti baru terbangun dari lamunan yang panjang, aku senyum โบ๏ธ
Ikhlas aku rasa ajaibnya kuasa ya Allah SWT saat Allah SWT mengabulkan doa-doa kita, dan air mata ku mengalir deras. Terima kasih ya Allah ya Mujib kerana mengabulkan doaku di masa yang tepat ๐ฅบ