25/08/2025
🌸 PENGUMUMAN PENUTUPAN KEDAI 🌸
Dengan rasa penuh hiba dan berat hati, kami ingin memaklumkan bahawa kedai kami akan menamatkan operasi sepenuhnya pada 31.08.2025. Akan tetapi , bermula bulan September hadapan , menu Nasi Kukus akan ada di Asznor Grill Kitchen yang terletak di Dango Nek Kochon . Dan kami juga akan membuka booth di mana2 event nanti.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan yang telah menyokong kami selama ini. Kenangan bersama anda semua serta aroma dan rasa masakan dari dapur kami pastinya akan dirindui.
Andai ada rezeki dan kesempatan di masa akan datang, insya-Allah kami akan kembali dengan semangat baru.
Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang kami beroperasi. Semoga kenangan manis di kedai ini sentiasa terpahat dalam ingatan.
Terima kasih sekali lagi dari hati kami yang tulus.