AFKA Akuakultur

AFKA Akuakultur • Segar, Bersih, Tinggal Masak Je❗️
• Penternak & Pembekal Ikan Keli Bumiputera!
• ⁠💯 Makan Pellet
• ⁠Sg Nibong Sekinchan
• ⁠SSM: PG0532858-W

Nak hasil ternakan yang lebih baik? Bermula dengan makanan berkualiti dan sistem kolam yang tahan lama. Kami membekalkan...
25/06/2026

Nak hasil ternakan yang lebih baik? Bermula dengan makanan berkualiti dan sistem kolam yang tahan lama. Kami membekalkan Pellet Keli 34% Protein Dindings 7902 yang membantu tumbesaran ikan lebih optimum, serta kanvas kolam premium yang kuat, kalis air dan tahan cuaca untuk kegunaan jangka panjang.

🐟 Pellet Keli 34% Protein
✅ Protein tinggi untuk pertumbuhan lebih baik
✅ Saiz 5mm sesuai untuk keli pembesaran
✅ Pilihan ramai penternak

🛠️ Kanvas Kolam Premium
✅ Kuat & tahan lasak
✅ Kalis air dan tahan panas
✅ Sesuai untuk kolam bulat, tangki dan sistem akuakultur

💬 Nak harga atau konsultasi setup kolam? PM atau WhatsApp kami untuk maklumat lanjut.

Hari ini kami menerima kunjungan daripada pelajar International Islamic University Malaysia (IIUM) Kuantan ke farm kami ...
23/06/2026

Hari ini kami menerima kunjungan daripada pelajar International Islamic University Malaysia (IIUM) Kuantan ke farm kami bagi kajian berkaitan cabaran ekonomi dalam industri akuakultur. Satu sesi yang santai tapi penuh dengan perkongsian bermakna.

Kami berkongsi pengalaman sebenar di lapangan, termasuk cabaran seperti kenaikan harga minyak, kos bahan mentah, dan pengurusan operasi harian. Fokus kami adalah bagaimana untuk terus bertahan dan optimize kos dalam keadaan yang mencabar.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membuka perspektif kepada para pelajar tentang realiti industri akuakultur. Terima kasih atas kunjungan, semoga berjaya dalam kajian dan masa depan!

Alhamdulillah, hari ini kami menerima kunjungan Pegawai Penjara Kemunting, Perak. Satu peluang yang sangat bermakna untu...
15/06/2026

Alhamdulillah, hari ini kami menerima kunjungan Pegawai Penjara Kemunting, Perak. Satu peluang yang sangat bermakna untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang ternakan ikan keli.

Kami sempat berkongsi asas penternakan, cara pemasangan infrastruktur kolam bulat serta teknik pengurusan air yang betul untuk hasil yang lebih konsisten dan berkualiti.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membuka lebih banyak peluang dalam dunia akuakultur. Ilmu yang baik, bila dikongsi, insyaAllah akan terus berkembang 🤝

AFKA Akuakultur telah menghadiri Program Pengukuhan Daya Tahan Selangor sektor pertanian. Alhamdulillah, kami telah mene...
08/06/2026

AFKA Akuakultur telah menghadiri Program Pengukuhan Daya Tahan Selangor sektor pertanian. Alhamdulillah, kami telah menerima bantuan makanan ikan daripada Jabatan Perikanan.

Dengan adanya bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos makanan ikan kepada pengusaha akuakultur di negeri Selangor.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙Salam Aidiladha buat semua, semoga setiap pengorbanan kita diterima dan digantikan de...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙

Salam Aidiladha buat semua, semoga setiap pengorbanan kita diterima dan digantikan dengan keberkatan serta ketenangan jiwa.

Selamat Hari Guru kepada semua insan hebat yang tak pernah jemu mendidik dan membimbing. Jasa kalian bukan sekadar ilmu,...
16/05/2026

Selamat Hari Guru kepada semua insan hebat yang tak pernah jemu mendidik dan membimbing. Jasa kalian bukan sekadar ilmu, tapi membentuk masa depan generasi yang lebih baik.

Terima kasih kerana sabar menghadapi setiap cabaran, mencurah ilmu tanpa kenal lelah, dan menjadi cahaya dalam perjalanan kami mencari arah.

“Guru Bitara Nadi Negara” Semoga setiap usaha dan pengorbanan kalian sentiasa diberkati dan dikenang sepanjang hayat.

AFKA Akuakultur.

Seiring dengan peningkatan kos makanan ikan dan harga bahan api, kami akan membuat sedikit pelarasan harga bagi memastik...
03/04/2026

Seiring dengan peningkatan kos makanan ikan dan harga bahan api, kami akan membuat sedikit pelarasan harga bagi memastikan kualiti ternakan dan operasi kekal pada tahap terbaik.

Kami amat menghargai sokongan berterusan anda. Terima kasih kerana sentiasa bersama kami 🙏

AFKA Akuakultur.

Masak lebih mudah bila ikan keli dah siap siang 🤗Relaks je.. dekat AFKA Akuakultur, semua kami dah siapkan 💪. Ikan keli ...
20/01/2026

Masak lebih mudah bila ikan keli dah siap siang 🤗

Relaks je.. dekat AFKA Akuakultur, semua kami dah siapkan 💪. Ikan keli siang bersih, isi tebal, tak hanyir, & tak kuning.

✅ RM10– Keli Siap Siang Bersih, Tinggal Masak Je!
✅ RM9 – Keli Hidup Segar

Kami bagi 💯 makan pellet berkualiti, sebab tu ikan kami elok, isi cantik & segar!

🛵 Delivery Sekinchan - Sabak
📦 Minimum order 2Kg jee😊

✨ Sesuai untuk:
• Mak-mak yang busy tapi nak terus masak!
• Pemilik kantin
• Kedai makan & katering

📲 Klik je sini, terus WhatsApp: wasap.my/60173451139/kelisiapsiang

02/12/2025

Benda paling best dekat kolam kami, siang ikan sambil layan view sawah padi menguning. Hari2 tengok pun tak jemu😊.

Address

Lot 15017, Parit 13 Sg Nibong
Sekincan
45400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AFKA Akuakultur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AFKA Akuakultur:

Shortcuts

Share

Category