27/02/2024
Baru sempat nak ulas…
PENULIS/PENYUSUN
Tahun 2014-2017 tak silap, Ado 3 orang pelajar yang menjadi antara pelajar dibawah jagaan Abang terutama masa kat asrama, lebih tepat Budak Blok D.
Penulis, Saudara Abdullāh Izzat dan dua orang juniornya Abdullah Abbas, Syed Muqri (Syed Muqri ni pun ada Abdullah di awal nama, Syed Abdullah Muqri kalau tak silap ingatan sayala, 3 Abdullah), Bila Abg tengok dan tambah bila bersembang sama, kito tau dah manhajnya, budak-budak ni masa tu ماشاء الله, memang kental dengan pendirian, macam-macam yang diorang hadap masa belajar tu, Abang tak dapat nak membantu sangat dan tak sekental diorang nih, sental adalah.
ULASAN/RESENSI RINGKAS
Tadabbur dari 8 ayat, nampak tak banyakkan? tapi dengan 8 ayat tu Allah swt dapat terangkan macamana dasatnya kekerasan hati orang Yahudi ni, lagi koreh pado batu mo bosi, ni pun ada diulas dalam buku ni.
Sudahlah kau ada problem, mintak tolong Nabi iaitu Nabi Allah Musa a.s tapi Nabi Musa as tu plak dipermain-mainkan, "Engkau berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami..." nampak tak macamana level bongkak diorang memang tak boleh bincang.
Bila Allah swt dah perintahkan untuk sembelih seekor lembu, banyak pulak yang ko tanya pasal ciri-ciri lembu tu, kerja mudah kau sendiri yang buat jadik susah, benda boleh dapat murah dah jadik mahal yakmat, nak tau harga lembu tu? konola boli buku ni yo tak.
Tapi dalam dah susah nak cari dan dapatkan lembu yang nak disembelih, sobab diorang punya perangai jugak, ada satu amalan yang diorang buat yang menjadi asbab Allah swt bantu diorang ni, amalan tu kita semua tau, tapi kalau nak kasi clear apa dia, aaa kasi sambar buku ni dik.
Yang jadik buku ni bertambah unik ialah banyak peribahasa yang penulis gunakan, yang jarang didonga plak tu (sey laaa).
"Seperti tikus masuk roman"
"Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk"
"Beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh"
Nak tau makno? bacolah buku ni tapayalah gugel. Aduii..
Akhir kata mudah-mudahan kita dijauhkan dari mempunyai sifat yang sama seperti bangsa yang diceritakan itu.
Sekian, Timo kasih.
- Amiro Aragon
Tempah buku ini di laman web https://bukubaru.karyapis.com/ramadan
*S
Karya P*S
www.wasap.my/601111474298
Ilustrasi, dialog, siri melukis & mewarna untuk anak-anak cilik Islam sebagai proses penanaman tauhid & jati diri Muslim.