27/01/2021
Banyak masuk pertanyaan, "๐ฃ๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐ต๐ฆ๐ญ๐ข๐ฏ ๐ด๐ข๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ข๐ต๐ข๐ถ ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ? ๐๐ฑ๐ข ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ง๐ข๐ข๐ต ๐ญ๐ช๐ญ๐ช๐ฏ ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ฉ?"
Biasanya, saya akan telan sedikit saja sarang lebah untuk atasi masalah sembelit.
Bakinya saya kunyah sehingga bentuk bulat, kemudian simpan dalam bekas kaca tahan panas seperti pyrex, vision, atau corella.
[Sarang lebah jangan dibuang!]
Stimkan seperti mau lelehkan coklat. Lalu dicetak dalam acuan kaca atau apa saja yang menarik untuk dijadikan lilin lebah.
Lilin lebah atau ๐ฃ๐ฆ๐ฆ๐ด๐ธ๐ข๐น ini adalah organik dan kaya serat. Bukannya lilin sintetik.
Lilin ini banyak sekali manfaatnya,
=============
100% ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ง๐จ๐๐๐๐ก๐ ๐ ๐จ๐ฅ๐ก๐ ๐ง๐๐ก๐ฃ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ๐๐ก.
=============
Jika Anda berurusan dengan Team Pemburu Madu Tualang, maka mereka pasti dan pasti mampu membekalkan lilin ini.
Jika Anda berurusan dengan penjual madu palsu, mereka akan KANTOI MENIPU kerana gagal menunjukkan dimana lilin nya. ๐
MANA MUNGKIN LEBAH KUMPUL MADU TANPA DIBINA NYA TERLEBIH DAHULU LILIN SARANG LEBAH. ๐๐๐๐
Berdasarkan pengalaman kami dalam industri Tualang selama 12 tahun, setiap 100 kg Madu Tualang yang dituai, lebah akan menghasilkan 7% lilin iaitu bersamaan dengan 7kg.
Bermakna, untuk mendapatkan 10 kg lilin, kita harus menuai 143 kg madu Tualang beserta sarang.
๐๐ฃ๐ ๐๐ง๐จ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐?
Lilin lebah dihasilkan dari rembesan kelenjar lilin, di bahagian dalam sternum lebah pekerja.
Lilin lebah dihasilkan secara berlapis, sekitar 1100 lapisan diperlukan untuk menghasilkan satu gram lilin lebah.
Lilin lebah adalah salah satu polimer yang paling tua digunakan oleh manusia selain getah perca, tanduk, cengkerang kura-kura, dan syelek. Lilin lebah telah ditemukan di makam Firaun, kapal Viking, reruntuhan Romawi, dan bahkan di Istana Kerajaan Melayu lama.
Lilin lebah dapat dimakan untuk mengatasi masalah sembelit dan buasir, tetapi tidak memiliki nilai nutrisi. Selain itu, lilin lebah dapat digunakan sebagai bahan industri seperti kosmetik, farmasi, bahan membuat model patung, kiwi kasut, campuran bahan pewarna untuk lukisan dan ornamen, tampal lubang pada gigi, alat music, papan luncur, dan lilin aromaterapi.
Di kilang penapisan sarang Tualang Quadmeds, lilin termasuk dalam '๐ธ๐ข๐ด๐ต๐ฆ ๐ฑ๐ณ๐ฐ๐ฅ๐ถ๐ค๐ต' yang kita pasarkan kembali kepada pemain industri kecantikan, penternak lebah dan kelulut, serta pengubatan Ayurveda.
Lilin lebah Tualang terkenal sebagai lilin yang paling bermutu di dunia. Kualiti nombor wahid kerana strukturnya yang lebih kukuh dan tahan lama bila dijadikan lilin.
Harg.a jua.l 1 kg lilin sama dengan MQS1kg.
Manfaat lain lilin lebah,
[1] campur minyak zaitun untuk kosmetik, moisturizing, lip balm semulajadi, pomade pelebat jambang/rambut.
[2] campur essential oil untuk dijadikan lilin aromaterapi semulajadi. (Gunakan 2 penyepit untuk pegang benang lilin sebelum tuang beewax cair).
[3] lilin aromaterapi dan asap untuk melegakan sakit resdung.
[4] campuran herba Ayurveda
[5] melapisi papan kayu untuk elak kutu/rayap
[6] melapisi papan luncur supaya licin
[7] melapisi dinding hive kotak lebah ternak/kelulut supaya tidak bocor dan menarik minat lebah.
[8] dijadikan foundation/base sarang lebah ternak
[9] antioksidan dan antiradang pada kulit. Lilin lebah tidak menimbulkan reaksi alergi sama sekali.
[10] ubat sapu ekzema dan psoriasis.
Boleh pakai sendiri atau jua.l kembali. ๐
Kelebihan lilin lebah Tualang, ia merupakan lilin paling baik kualitinya di dunia (kerana lebah Tualang membuat sarang diatas pokok yang menjulang tinggi ke langit), serta diperkaya dengan manfaat propolis - antibakteria dan antiviral semulajadi.
Wallahua'lam.
๐๐ข๐ณ๐ถ๐ด ๐ฃ๐ถ๐ข๐ต ๐ต๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฉ๐ข.๐ฏ ๐ข๐ธ๐ข๐ญ ๐ฌ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐ข ๐ฃ๐ฆ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฉ๐ข๐ฅ!