Surau Assyakirin Taman Pinggiran USJ

Surau Assyakirin Taman Pinggiran USJ Alamat: Jalan Pinggiran USJ 3/9, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan (Belakang Kolej Vokasional

Surau Assyakirin, Jalan 3/9, Taman Pinggiran USJ3 Jalan Batu Tiga Lama Shah Alam

GPS: 3.047140, 101.557881

Boleh di access melalui Highway Kesas, Elite & Federal. Belakang Kolej Vokasional Shah Alam (Dulunya Sekolah Menengah Teknik Shah Alam). 4 Km dari Stesen KTM Komuter Batu Tiga dan 8 Km dari Pusat Bandar Shah Alam. Berdekatan dengan Kedai Kurma Mahnaz Foods/ Mercu Cita Mfg, Courts Mammoth Se

ksyen 26, Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam dan juga Proton Headquarters (seberang highway Kesas). Kami dibawah kariah Masjid Jamek Fastabikul Khayrat Batu 3 Shah Alam.

Semoga sumbangan ikhlas yang diberikan akan dibalas dengan sebaik-baik balasan dari Allah SWT. Aamiinn... ๐Ÿคฒ
18/02/2026

Semoga sumbangan ikhlas yang diberikan akan dibalas dengan sebaik-baik balasan dari Allah SWT. Aamiinn... ๐Ÿคฒ

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡MAKLUMAN RASMIPROGRAM DAN AKTIVITI SEPANJANG RAMADAN 1447H SURAU AS-SYAKIRINDengan segala...
18/02/2026

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

MAKLUMAN RASMI

PROGRAM DAN AKTIVITI SEPANJANG RAMADAN 1447H SURAU AS-SYAKIRIN

Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada seluruh jemaah Surau As-Syakirin bahawa pihak pengurusan surau telah merancang beberapa program dan aktiviti sepanjang bulan Ramadan 1447H seperti berikut:

1. IFTAR
Akan bermula pada 2 Ramadan (Jumaat, 20 Februari) sehingga 27 Ramadan.

2. MOREH
Akan bermula pada 1 Ramadan (Khamis, 19 Februari) sehingga 27 Ramadan.

3. TAHLIL ARWAH
Akan bermula pada 1 Ramadan (Khamis, 19 Februari) sehingga 27 Ramadan.

4. SOLAT SUNAT TERAWIH
Akan dilaksanakan sebanyak 8 rakaat dan diikuti dengan 3 rakaat Solat Sunat Witir.

5. MAJLIS ILMU RAMADAN
Kuliah Subuh, Kuliah Zohor ( 1 jam) dan Tazkirah Ramadan (+- 20 minit) akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja.

6. TADARUS AL-QURAN (LELAKI)
Akan bermula pada 2 Ramadan selepas selesai Solat Sunat Terawih dan Witir.

7. TADARUS AL-QURAN (PEREMPUAN)
Akan diadakan mulai 1 Ramadan hingga 18 Ramadan pada jam 8.30 pagi bertempat di Surau As-Syakirin.

8. ZAKAT FITRAH
Pembantu Amil Zakat Fitrah bagi kawasan kita pada tahun ini ialah:
โ€ข En. Wak Man (016-2881422)
โ€ข En. Hairil (018-2484565)

9. KHAIRAT KEMATIAN
Untuk pembaharuan, pendaftaran dan kemas kini maklumat Khairat Kematian, sila hubungi:
โ€ข Hj Mohd Zain (012-6055570)
โ€ข Hj Fendy (019-3149588)

Sehubungan itu, seluruh jemaah adalah dialu-alukan untuk bersama-sama mengimarahkan Surau As-Syakirin sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Semoga segala amal ibadah kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

Pengurusan Surau As-Syakirin
Ramadan 1447H / 2026M

Selamat Menyambut Ramadan 1447HAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H kep...
18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan 1447H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H kepada seluruh jemaah Surau As-Syakirin.

Semoga kita semua diberi kesihatan, kekuatan dan kelapangan masa untuk menunaikan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan.

Selamat berpuasa dan semoga kita dapat meningkatkan amal ibadah serta meraih keampunan dan keberkatan di bulan yang mulia ini.

Semoga Ramadan kali ini membawa sinar rahmat dan memperkukuhkan ukhuwah sesama kita.

Ramadan Kareem ๐ŸŒ™โœจ

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูJadual Majlis Ilmu Ramadhan 1447HSayyidina Abdullah bin Abbas ra mer...
18/02/2026

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู
Jadual Majlis Ilmu Ramadhan 1447H
Sayyidina Abdullah bin Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Ajarkanlah agama kepada orang ramai, permudahkanlah dan jangan menyusahkan."
(Musnad Ahmad).

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡Dana Ramadhan 1447H / 2026MMakluman ini adalah sebahagian dari usaha pihak Surau As-Syaki...
06/12/2025

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Dana Ramadhan 1447H / 2026M

Makluman ini adalah sebahagian dari usaha pihak Surau As-Syakirin TPUSJ 3, untuk menjana dana bagi persediaan menyambut ketibaan Ramadhan yang dijangka pada 19 Februari 2026, InshaAllah.

Kami mengalu โ€“ alukan penyertaan / sumbangan tuan - puan, muslimin dan muslimat anak Qariah Surau As-Syakirin TPUSJ untuk berinfaq ke Tabung Dana Ramadhan 1447H / 2026M dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun Surau As-Syakirin seperti berikut.

SURAU AS-SYAKIRIN
BANK : AMBANK
NO. AKAUN : 172022003342

atau terus ke link aplikasi infaq yang disediakan di link https://www.e-infaq.com/assyakirin/

Terima Kasih.
ุฌูŽุฒูŽูƒูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุฎูŽูŠู’ุฑุงู‹

Pengurusan Surau As-Syakirin TPUSJ 3

Address

Jalan Pinggiran 3/9, Taman Pinggiran USJ 3, Subang Jaya Darul Ehsan
Subang Jaya
47610

Telephone

+60173777353

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Assyakirin Taman Pinggiran USJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Surau Assyakirin Taman Pinggiran USJ:

Share