19/08/2025
Pilih AYAM 😅😆
Menjual pelbagai produk keluaran Muslim yang HALAL, SUCI dan SELAMAT dengan visi menjadi pengedar utama produk halalan toyyiban. Halal Adalah Prinsip Kami.
(1)
No. 11, Jalan BRP 1/3, Bukit Rahman Putra
Sungai Buluh
47000
| Monday | 08:00 - 21:00 |
| Tuesday | 08:00 - 21:00 |
| Wednesday | 08:00 - 21:00 |
| Thursday | 08:00 - 21:00 |
| Friday | 08:00 - 13:00 |
| 14:30 - 21:00 | |
| Saturday | 08:00 - 21:00 |
| Sunday | 08:00 - 21:00 |
Be the first to know and let us send you an email when Dr Zainol Mart Bukit Rahman Putra 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Send a message to Dr Zainol Mart Bukit Rahman Putra 2:
Kami menjual produk-produk berkualiti keluaran syarikat Muslim & bumiputra seperti ayam, kueh-mueh sejuk beku & barangan runcit keluaran syarikat bumipura Islam yang menjadi keperluan harian untuk seisi rumah. Kedai ini dahulunya dikenali sebagai Az-Zain Bukit Rahman Putra, namun kini telah di jenamakan semula sebagai Dr Zainol Mart. Namun ia masih diuruskan oleh pengurusan yang sama.
Dr. Mohammad Zainol Ahmad Haja, adalah individu yang bertanggungjawab menghasilkan produk Ayam Dr Zainol yang amat popular dikalangan umat Islam yang inginkan ayam daging yang diproses mengikut cara yang menepati syariah dari awal hingga akhir, tidak seperti ayam daging komersil yang terdapat di pasaraya. Beliau mendapat PhD dalam bidang Sains di Washington University. Kemudian menyambung pengajian dalam bidang Perubatan Oriental di St. George University, juga di Amerika Syarikat iaitu kajian mengenai zat makanan, kerana minatnya dalam bidang kesihatan dan produk halal.
Beliau telah meninggalkan karier di bidang profesional demi untuk berjihad dalam menghasilkan produk halalan toyyiba berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Beliau telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari agensi dalam dan luar negara. Berkhidmat sebagai pensyarah, pakar runding dan penceramah di masjid-masjid dan surau-surau atas jemputan pihak yang inginkan perkongsian ilmunya.
Semoga Dr. Zainol terus tabah dalam perjuangannya menerapkan kesemua aspek Maqasit Syariat (tuntutan agama) dalam menyediakan makanan 100% Halalan Toyyiba seterusnya memartabatkan ekonomi ummah.