Aafiyat Synergy Wilayah Selatan

Aafiyat Synergy Wilayah Selatan Teras perniagaan Aafiyat Synergy adalah dengan memfokuskan dan menengahkan produk-produk “snek sih

Hari Yang Lebih Baik Dari Jihad===============1. Esok merupakan hari pertama bulan Zulhijjah. Tahukah anda bahawa 10 har...
30/06/2022

Hari Yang Lebih Baik Dari Jihad
===============
1. Esok merupakan hari pertama bulan Zulhijjah. Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad? Sabda Rasulullah:

مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‌‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‌‏.‏

“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. (HR al-Bukhari)

2. Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad? Menurut al-Imam Ibn Hajar:

والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره

“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (Fath al-Bari)

3. Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ

“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”

4. Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan. Kata beliau:

أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة

Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]

5. Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah. Sabda Rasulullah:

ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)

Semoga Allah membimbing kita.
DELICIOUS & NUTRITIOUS




Tahukah Anda Kenapa Daging Wagyu Mahal?Pernahkah anda dengar tentang daging wagyu? Wagyu merupakan antara daging yang pa...
29/06/2022

Tahukah Anda Kenapa Daging Wagyu Mahal?
Pernahkah anda dengar tentang daging wagyu? Wagyu merupakan antara daging yang paling mahal di pasaran. Warnanya merah jambu, teksturnya lembut dan cair di mulut apabila dimakan manakala harganya boleh mencecah hingga RM 2000 untuk satu kilogram.
Apakah keistimewaan daging wagyu ini sehingga membuatkan harganya begitu mahal? Adakah ia lebih bagus berbanding dengan daging yang lain?
Wagyu berasal daripada perkataan Jepun (wa bermaksud Jepun, gyu bermaksud daging). Terdapat empat jenis baka yang digunakan untuk menghasilkan wagyu iaitu Japanese Black, Japanese Brown, Japanese Shorthorn dan Japanese Polled.
Daging kobe adalah wagyu yang paling mahal berasal daripada baka Tajima dan hanya boleh diternak di daerah Hyogo, Jepun. Di Jepun, daging wagyu digunakan dalam hidangan seperti Sukiyaki dan Shabu-Shabu. Daging ini akan dihiris halus dan dimasak sekejap sahaja.
1. Cara Penternakan
Cara wagyu ini diternak adalah berbeza dengan baka-baka lain. Lembu-lembu ini perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan untuk mendapatkan label wagyu. Lembu-lembu yang hamil dan bertujuan untuk membiak dibiarkan untuk makan rumput di padang manakala anak-anak lembu akan diberi makanan khas untuk memarmarkan daging mereka (marbling).
Anak-anak lembu diberi susu formula daripada botol dan juga dipakaikan jaket dan diselimutkan ketika cuaca sejuk. Pada usia 7 bulan, mereka akan dilelongkan ke ladang lain bagi proses penggemukan. Di ladang itu, anak-anak wagyu dibesarkan di bangsal dan juga diberikan nama. Setiap lembu mempunyai sijil kelahiran mereka yang membolehkan kita mengenal pasti asal usul, baka dan ladang mereka diternak.
Mereka diberi makan dengan campuran serat dan makanan yang diperbuat daripada beras, gandum dan jerami sebanyak tiga kali sehari hingga mencapai berat 700 kilogram (mengambil masa dalam tiga tahun).
Selain itu, bagi menggalakkan peredaran darah yang baik serta mengurangkan tekanan pada wagyu, bulu-bulu mereka disikat dengan sikat yang keras. Sebelum ini, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa lembu wagyu ini diberikan minuman beralkohol. Namun, berita ini adalah tidak benar dan peladang di Jepun telah menafikannya.
2. Kualiti Daging
Penjagaan wagyu yang sangat rapi di ladang adalah untuk menghasilkan daging yang berkualiti tinggi. Wagyu dikelaskan mengikut gred yang menekankan aspek kelembutan, warna dan tekstur daging tersebut. Kebanyakan daging wagyu mempunyai gred A4 dan A5.
Marbling merupakan lemak yang terdapat dalam bahagian daging (intramuscular fat) yang terdiri daripada lemak tidak tepu dan lemak tepu. Wagyu perlu dijaga dengan teliti bagi meningkatkan jumlah marbling pada dagingnya.
Marbling mula terbentuk pada usia lembu sekitar 12 bulan sehingga maksimum 36 bulan. Oleh itu, wagyu idealnya disembelih ketika berumur 3 tahun. Wagyu mempunyai kandungan marbling yang tinggi yang membuatkan teksturnya lagi lembut dan rasa seperti cair di mulut apabila dimakan.
3. Komposisi lemak
Komposisi lemak wagyu berbeza daripada baka lembu yang lain. Wagyu mempunyai kandungan lemak mono tidak tepu dan kepekatan asid oleik yang lebih tinggi. Kajian menunjukkan bahawa lemak mono tidak tepu adalah baik untuk kesihatan jantung kerana ia dapat mengurangkan kolesterol ‘jahat’ dan meningkatkan kolesterol ‘baik’ dalam darah.
Di samping itu, lemak mono tidak tepu ini menyumbang kepada takat lebur lemak yang rendah (low fat-melting point). Ini membuatkan tekstur wagyu lembut dan rasa yang memuaskan. Takat lebur yang rendah juga akan mencairkan lemak pada suhu mulut dan sering disebut sebagai ‘cair di mulut’.
Malah terdapat kajian yang menyatakan pengambilan daging Wagyu tidak meningkatkan kolesterol jahat(LDL-Cholesterol). Tetapi bagi, kami anda masih perlu berhati-hati mengambil apa-apa jenis makanan sekalipun.
4. Aroma
Wagyu mempunyai aroma yang manis dan berlemak dan dikenali sebagai ‘aroma daging wagyu’. Aroma ini amat disukai oleh orang Jepun. Aroma ini tidak muncul waktu sembelihan, namun ia terhasil semasa penyimpanan bersama oksigen. Suhu memasak yang optimum bagi menghasilkan aroma ini adalah 80oC. Ini adalah suhu yang optimum dengan hidangan sukiyaki dan shabu-shabu.
Kesimpulan
Daging wagyu mahal kerana penjagaannya dari kecil sehingga disembelih adalah sangat teliti bagi memastikan daging yang berkualiti tinggi dan tekstur yang lembut.
Berbeza dengan ternakan lembu baka lain, lembu wagyu mempunyai kandungan lemak tidak tepu yang tinggi dan baik untuk kesihatan jantung. Adakah anda rasa cara penjagaan lembu wagyu ini berpatutan dengan harganya?
DELICIOUS & NUTRITIOUS






28/06/2022

Bantut boleh dicegah dengan amalan pemakanan sihat terutama dalam 1000 hari pertama bermula daripada ibu hamil 🤰🏻 sehingga anak 👶🏻 berusia 2️⃣ tahun.

👉 Dikongsikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa bagi mencegah bantut.Ingat, bantut boleh dicegah❗

✅ Awasi tumbesaran anak anda.
✅ Pastikan anda mengetahui status perkembangan anak anda dengan melakukan penilaian pertumbuhan anak di fasiliti kesihatan berhampiran.

✨ *AafiyatCakna :* Apakah itu Alzheimer ?Tahukah anda?Alzheimer adalah penyakit yang melibatkan *kemerosotan fungsi sel ...
28/06/2022

✨ *AafiyatCakna :* Apakah itu Alzheimer ?
Tahukah anda?
Alzheimer adalah penyakit yang melibatkan *kemerosotan fungsi sel otak secara perlahan dan berterusan dan ianya bukan proses penuaan normal.*
Antara *tanda- tanda awal Alzheimer* yang boleh dikenalpasti seawal 30-40 tahun termasuklah:
🧠 Gangguan ingatan (Mengulang cerita sama)
🧠 Lupa kedudukan barang disimpan (Bahkan mengesyaki ada yang mencurinya)
🧠 Tak ingat perkara yang baru berlaku & bertanya soalan yang sama berulang kali
🧠 Semakin perlu kepada bantuan ingatan (cth : nota peringatan atau peranti elektronik) atau ahli keluarga untuk perkara yang biasa diuruskan sendiri.
🧠 Sukar menyelesaikan masalah
🧠 Sukar fokus dan enggan bersosial
Bayangkan ibu atau bapa kita masih hidup tetapi tidak mengenali ahli keluarganya. Ia seakan bertemu dengan orang asing yang mempunyai pertalian darah, ada memori bersama- sama menjalani kehidupan sejak kita lahir dulu tapi semuanya hilang begitu saja.
Ada makanan-makanan yang telah terbukti boleh membantu menghalang penyakit seumpama ini. Nantikan perkongsian akan datang.
Sumber :
https://www.unicityhealthcare.com/june-is-alzheimers-and-brain-awareness-month-showing-support-for-those-living-with-dementia/_
DELICIOUS & NUTRITIOUS





Address

No 12, Jalan Lagenda 2
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60105554949

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aafiyat Synergy Wilayah Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share