20/06/2021
BEKAM & MADU TUALANG MEMBANTU MENINGKATKAT SISTEM KETAHANAN BADAN SECARA SEMULAJADI
Bagaimana ianya berlaku ?
Mekanisma rangsangan sistem pertahanan tubuh bermula apabila berlaku keradangan dalam rawatan bekam.
Antara prosedur yang memicu kepada radang ini adalah pada sedutan pertama (bekam kering@bekam angin) dan tusukan jarum/sayatan pisau pada kulit.
Kesannya kulit kemerahan, bengkak, sedikit sakit & panas (tanda klasik peradangan)
Maknanya dengan melakukan bekam kering/angin sahaja sudah memadai dalam merangsang sistem imun. Di rumah sendiri juga boleh praktikkan bekam kering@angin ini dibantu ahli keluarga masing-masing.
Ketika kulit disedut dan ditusuk, cytokines (pembawa mesej kimia) banyak dihasilkan oleh sel² untuk memberi signal kecemasan kepada sel² darah putih (neutrophil & limfosit) dan agen² imun seperti macrophage untuk menggandakan diri & berkumpul pada tisu yg cedera.
Memang menjadi sifat semulajadi sistem imunisasi apabila ada ancaman, mereka akan bertindakbalas segera mempertahankan tubuh termasuklah membantu pembaikan sel² atau tisu² yang rosak.
Wahyudi et al 2014 - 2017, melakukan kajian keatas 20 org yg diambil darah sebelum & selepas bekam mendapati sel NK, limfosit(CD8) & macrophage meningkat berkali ganda selepas berbekam.
Jika amalan bekam digabungkan bersama rutin meminum madu tualang, ini akan menambah sinergi kepada sistem pertahanan tubuh kerana madu tualang dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh imun melawan virus dan kuman penyakit
(Sarfraz Ahmed, 2017).
Madu Tualang juga mengandungi lebih banyak asid fenolik dan flavanoid (quercetin) berbanding madu Manuka New Zealand dan madu tempatan Malaysia lainnya
(Kishore, 2011).
Nabi Muhammad ﷺ pernah bersabda,
وقال الرسول: “الشفاء في ثلاثة في شربة عسل و شرطة محجم و كية بنار ,وأنا أنهى أمتي عن الكي “. (رواه البخارى في الصحيح)
Sabda Rasul, ”Shifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum Madu lebah, berbekam, dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.”
Insha'allah bila kajian saintifik dan panduan wahyu diamalkan sama-sama, kita dapat keluar dari wabak ini.
Selain dari amalan perubatan standard yang sedang giat dilaksanakan dalam negara, jangan pernah tinggalkan bekam dan minum Madu lebah asli sebagai langkah terakhir pertahanan imun diri kita.