JPKK Kg Melayu Batu 8 Ulu Kinta

JPKK Kg Melayu Batu 8 Ulu Kinta Perkhidmatan Ketua Kampung batu 8 Ulu kinta

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُSemoga Aidiladha kali ini membawa pengertian dan pengorbanan yang ...
26/05/2026

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semoga Aidiladha kali ini membawa pengertian dan pengorbanan yang amat bermakna untuk kita semua.

Hari Raya Aidiladha merupakan hari untuk umat Islam mengambil iktibar disebalik kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah serta kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaan oleh Allah SWT.

Salam silaturahim.

𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒊𝒕 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑨𝒘𝒂𝒏,
𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝑳𝒂𝒖𝒕 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑲𝒆𝒃𝒊𝒓𝒖𝒂𝒏,
𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍𝒇𝒊𝒕𝒓𝒊 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒂𝒇𝒂𝒏,
𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍𝒂𝒅𝒉𝒂 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒐𝒓𝒃𝒂𝒏𝒂𝒏,
𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑹𝒂𝒚𝒂 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍𝒂𝒅𝒉𝒂.

Ikhlas Daripada
Pengerusi JPKK & Biro JPKK
Kampung Melayu Batu 8 Ulu Kinta

15/05/2026
Selamat Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik.“Guru Bitara, Nadi Negara” bukan sekadar tema, tetapi lambang pengorb...
15/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 buat seluruh warga pendidik.

“Guru Bitara, Nadi Negara” bukan sekadar tema, tetapi lambang pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang seorang guru dalam membina generasi ummah.

Terima kasih cikgu atas segala ilmu, didikan dan pengorbanan yang tidak ternilai.

“(Utlubul 'ilma walau bish-shiin)”

Ikhlas daripada
Ketua Kampung & Seluruh warga Kerja JPKK Kampung Melayu Bt8 Ulu Kinta

13/05/2026

Alhamdulilah harini 2 buah Rumah penduduk Kampung Melayu telah terima bantuan membaikpulih rumah.. Puan Saidah dan Puan Maimunah.. dalam pembaikan ini berdasarkan membantu keluarga yang kurang mampu. insiatif ini dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Zahid Hamidi

Projek kedua pihak pentadbiran ini menerima peruntukan peribaiki longkang tanah di kampung Tapisan Air melalui Pejabat daerah Kinta Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta Batu Gajah

EXCO Teknologi Maklumat & Komunikasi En. Khairul Azrin telah mengiringi Y.Bhg Clr Datuk Hj. Mazlan Abd Rahman Ketua Whip...
11/04/2026

EXCO Teknologi Maklumat & Komunikasi En. Khairul Azrin telah mengiringi Y.Bhg Clr Datuk Hj. Mazlan Abd Rahman Ketua Whip Ahli Majlis Bandaraya Ipoh Merangkap Timb. Ketua Umno Bahagian Tambun ke SMK ULU KINTA bagi Merasmikan KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 46 BAGI TAHUN 2026.

Di samping itu juga Y.Bhg Datuk telah meluluskan sumbangan sebanyak RM 1,000.00 untuk program Smart Solat dan RM 1,000.00 lagi untuk kejohanan sukan kepada pihak sekolah dengan keseluruhan RM 2,000.00.



Terima kasih Clr. Datuk Hj. Mazlan Abd Rahman  kerana telah memberi sumbangan berupa kerusi roda kepada En. Omar Bin Dar...
25/03/2026

Terima kasih Clr. Datuk Hj. Mazlan Abd Rahman kerana telah memberi sumbangan berupa kerusi roda kepada En. Omar Bin Darus yang mana kerusi roda lamanya telah rosak di Rpa Ulu Kinta .. Semoga Datuk dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur agar dapat berbakti dgn orang ramai..

20/03/2026

Tok Ketua mewakili Pejabat Parlimen Tambun telah menyerahkan kotak makanan bagi meringankan beban kepada mereka yang memerlukan semperna menyambut Eidul'Fitri yang bakal menjelang tiba..

Address

Kg Tersusun Batu 8
Tambun
31150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kg Melayu Batu 8 Ulu Kinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category