19/02/2023
๐๐๐๐ฆ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐๐ง๐จ๐ฆ ๐ฆ๐๐จ๐๐๐
HABBATUS sauda adalah satu daripada herba yang banyak digunakan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, asma, darah tinggi, penyakit kardiovaskular (jantung) dan barah.
Keberkesanan herba ini dalam merawat beberapa penyakit kronik berkenaan ikaitkan dengan ciri-cirinya yang mempunyai sifat antikeradangan, antioksidan, antibakteria, antiparasit dan antikulat.
Potensi dan kelebihan habbatus sauda dalam bidang perubatan serta kesihatan bukanlah perkara baharu.
Habbatus sauda digunakan sejak ribuan tahun dahulu oleh pengamal perubatan masyhur.
Seorang pengamal perubatan dari Greece yang terkenal dengan gelaran bapa perubatan awal iaitu Hipocrates, menyarankan memakan habbatus sauda bagi merawat penyakit berkaitan sistem penghadaman.
Pengamal perubatan Islam terkenal pada abad ke-10, Ibnu Sina p**a memperihalkan habbatus sauda dalam buku 'The Canon of Medicine' sebagai satu tumbuhan herba yang dapat meningkatkan tenaga badan, menghilangkan kelesuan dan meningkat kekuatan spiritual.
Daripada sudut pandangan Islam sendiri, ada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Aishah RA menyebut mengenai kelebihan habbatus sauda dalam membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.