Siti Pengguna

Siti Pengguna Sewa - Dulang hantaran, pasu bunga telur , Payung dll

20/01/2026

Seri Kelengkapan Majlis

✅SEWA BARANG SAHAJA
Bukan dekorasi.



📌 BIO WhatsApp / FB (boleh copy–paste)

Seri Kelengkapan Majlis
Sewa barang majlis:
• Dulang hantaran
• Tapak bunga telur
• Payung majlis
Sesuai untuk nikah, gunting rambut, cukur jambul & majlis kesyukuran.

❌ Tiada khidmat dekorasi.



📦 SENARAI BARANG & HARGA CADANGAN (mesra kampung)

(Boleh ubah ikut kawasan)
• Dulang hantaran (1 unit): RM10 – RM15
• Set dulang (7 unit): RM60 – RM80
• Tapak bunga telur (1 unit): RM2 – RM3
• Payung majlis (1 unit): RM20 – RM30
• Pakej kecil majlis (contoh gunting rambut):
• 1 payung + 2 dulang → RM30 – RM40

📌 Deposit dicadang: RM50 (dip**angkan jika barang ok)

17/09/2021

Anda Kehilangan pekerjaan akibat covid-19?

Atau sedang mencari kerja?

Atau saja mengganggur?

Atau seorang majikan yang sedang mencari pekerja.

Jom ikuti webinar *S.I.P & MyFuture Job*

Tarikh : 19 Sept 2021
Masa. : 2.00 ptg - 4.00 ptg
Hari : Ahad
Anjuran : Lajnah Pekerja & Pengguna DMPN Sabah

Link & Google e-form akan diberikan.

1.*Sistem Insuran Pekerjaan(S.I.P)*

En Roslan Jimran
Pegawai Eksekutif
Sistem Insuran Pekerjaan.( Insuran Pekerjaan)
PERKESO

2.*MyFuture Job*

Cik Wan Sri Alliffa binti Wan Osman
Pengawai Ekskutif
Sistem Insuran Pekerjaan ( Perkhidmatan Pekerjaan)
PERKESO

sebarang pertanyaan hub :
01138126185 (Pn Anna)
016 8172175 (Pn Junainah

06/06/2020

SERUAN DARI MIMBAR AL AZHAR AS SYARIF | Dr. Ahmad Omar Hasyim.

Empat seruan Al azhar As syarif dalam menyingkapi hikmah Covid-19.

Seruan pertama, seruan kepada seluruh manusia supaya melihat kelemahan manusia menangani wabak covid ini menunjukkan bahawa di sana ada Tuhan yang Maha kuasa.

Seruan kedua, seruan kepada seluruh umat islam supaya bertaubat, kerana bala tidak akan turun melainkan ada dosa yang dilakukan dan tidak akan diangkat melainkan dengan taubat.

Seruan ketiga, seruan kepada seluruh alam supaya saling tolong menolong sesama manusia. - humanity before religiosity -

Seruan keempat, seruan kepada barisan hadapan yang menangani wabak covid ini daripada terus menular agar mengikhlaskan niat mereka ketika beramal, kerana amal ini adalah amal yang paling mulia di sisi Allah.




cnp dari penulis asal

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=127936708915435&id=111462303896209

Solat Hajat
01/03/2020

Solat Hajat

Daulat Tuanku
01/03/2020

Daulat Tuanku

Makluman .Waktu Subuh dan imsak hendaklah ditambah 8 minit  bermula 3 Feb 2020.Contoh :Subuh 5.00 pagi ( dalam kalendar ...
30/01/2020

Makluman .
Waktu Subuh dan imsak hendaklah ditambah 8 minit bermula 3 Feb 2020.

Contoh :

Subuh 5.00 pagi ( dalam kalendar jadual waktu solat).

+ 8.00 minit.

Oleh itu waktu subuh adalah 5.08 pagi

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019, bertujuan antaranya bagi meningkatkan huku...
23/07/2019

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019, bertujuan antaranya bagi meningkatkan hukuman terhadap mana-mana orang yang gagal mematuhi 'award' dibuat Tribunal Tuntutan Pengguna (Tribunal), diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata pindaan terhadap Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) berkenaan, secara tidak langsung akan memaksa peniaga bertindak lebih adil kepada pengguna.

“Mana-mana peniaga yang gagal selepas 14 hari untuk mematuhi sesuatu award yang dibuat oleh Tribunal melakukan satu kesalahan, apabila disabit boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-dua sekali,” katanya.

Beliau berkata peniaga yang enggan membayar jumlah award yang dikeluarkan Tribunal, boleh dikenakan penalti tambahan iaitu tidak kurang daripada RM100 dan tidak melebihi RM5,000 setiap hari.

Tribunal yang ditubuhkan sejak 15 Nov 1999 berperanan menyediakan saluran alternatif kepada pengguna, untuk menuntut hak secara tebus rugi dan menyelesaikan pertikaian dengan cara lebih mudah.

Terdahulu, ketika membentangkan RUU itu bagi bacaan kali kedua, Chong berkata RUU itu juga bertujuan meningkatkan had nilai bidang kuasa Tribunal daripada RM25,000 kepada maksimum RM50,000.

Beliau berkata peningkatan had nilai bidang kuasa itu perlu, bagi memastikan peranan serta fungsi Tribunal kekal relevan mendepani cabaran isu-isu pertikaian dan tuntutan kepenggunaan di negara ini.

Katanya pindaan terakhir terhadap Akta 599 dibuat 16 tahun lepas, untuk menaikkan had nilai bidang kuasa Tribunal daripada RM10,000 kepada RM25,000.

Sidang dewan bersambung esok. - Bernama
Artikel Penuh :

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019, bertujuan antaranya bagi meningkatkan hukuman terhadap mana-mana orang yang gagal mematuhi 'award' dibuat Tribunal Tuntutan Pengguna (Tribunal), diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat, hari ini.

23/07/2019

Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia Melindungi Hak Pengguna dalam E-Dagang

Wednesday, 15 March 2017

15 Mac ialah Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia (WCRD). Ia merupakan acara tahunan sebagai perayaan dan perpaduan dalam pergerakan pengguna antarabangsa. WCRD menyatukan pergerakan pengguna sejagat melalui kempen yang sama.

Tema bagi sambutan WCRD bagi tahun 2017 ialah `Membina Dunia Digital yang Pengguna Boleh Percaya’ (Building a Digital World Consumers can Trust). Di Malaysia p**a, FOMCA telah memilih tema `Melindungi Hak Pengguna dalam E-Dagang’.

Terdapat lebih daripada satu bilion transaksi atas talian di seluruh dunia pada tahun 2015, dengan kadar pertumbuhan perolehan purata sebanyak 20% pada tahun 2014. Dijangka kadar pertumbuhan yang sama pada tahun 2016.

Di Malaysia, transaksi e-dagang dijangka mencecah RM13.3 bilion menjelang 2018. Prospek industri ini adalah positif dengan wujudnya inisiatif dan sistem sokongan yang sedia ada dan sedang dijalankan.

Walaupun e-dagang membawa banyak manfaat, namun pengguna boleh terdedah kepada pelbagai risiko. Aduan berkaitan e-dagang merupakan jumlah aduan yang banyak banyak diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) pada 2014 dan 2015, dengan jumlah kerugian yang meningkat dua kali ganda pada tahun 2016.

Antara aduan yang diterima oleh NCCC yang berkaitan dengan transaksi e-dagang ialah:

· Maklumat yang tidak mencukupi, seperti terma dan syarat-syarat perniagaan. Sebagai contoh mengenai dasar bayaran balik, barangan yang diterima berada dalam keadaan yang tidak baik / rosak;

· Produk yang berkualiti rendah

· Dasar p**angan balik yang tidak konsisten

· Perkhidmatan pelanggan yang tidak memuaskan

· Produk yang diterima tidak sama dengan barang yang dipesan

· Masalah untuk mengembalikan semula produk yang rosak

FOMCA percaya bahawa e-dagang memerlukan lebih banyak peraturan dan penguatkuasaan serta perubahan perlu sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa seiring dengan perubahan pesat dalam teknologi.

FOMCA bersama-sama dengan NCCC telah menghantar memorandum kepada Kerajaan untuk mencadangkan perubahan dalam peraturan untuk memperkukuh dan melindungi kepentingan pengguna e-dagang di Malaysia.

Antara cadangan untuk mengukuh dan melindungi kepentingan pengguna e-dagang di Malaysia ialah:

· Melaksanakan tempoh bertenang (sehingga 14 hari).

· Meningkatkan program kesedaran untuk mendidik orang ramai tentang hak-hak mereka.

· Sebelum membuat keputusan untuk membeli atau membuat sebarang tempahan, ramai pengguna yang akan membaca komen-komen yang diberikan oleh pengguna di laman sesawang e-dagangan tersebut. Oleh itu, platform sedemikian perlu diwujudkan di Malaysia untuk membolehkan pembeli untuk mengulas lanjut mengenai produk yang dibeli dengan menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Selain Memorandum, FOMCA dan NCCC secara berterusan mewakili pengguna di Malaysia dalam pelbagai jawatankuasa dan pasukan petugas untuk memberi maklum balas kepada kerajaan untuk meningkatkan perlindungan pengguna dalam industri e-dagang

Selanjutnya, FOMCA dan NCCC juga terus menyokong melalui media cetak dan elektronik untuk perubahan kawal selia dan memperkasakan pengguna berhubung dengan e-dagang.

Untuk usaha untuk meningkatkan perlindungan pengguna melalui transaksi yang merentasi sempadan ini, FOMCA dan NCCC telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan National Consumer Affairs Center of Japan (Pusat Hal Ehwal Pengguna Kebangsaan Jepun, NCAC) dan Persatuan Pengguna Singapura (CASE).Oleh itu, pengguna dan pelancong dari kedua-dua negara boleh mendapatkan khidmat penyelesaian yang lebih baik apabila membeli atau melawat antara ketiga-tiga negara tersebut.

E-dagang adalah masa hadapan bagi Malaysia. Bilangan pengguna Internet yang berkembang dengan pesat sepanjang dekad yang lalu, dan semakin ramai pengguna yang bergantung kepada internet untuk urusan membeli-belah dan menjalankan aktiviti-aktiviti lain dalam kehidupan mereka. Membeli belah dalam talian adalah berbeza daripada transaksi jual beli secara tradisional, kerana ia menjadi lebih kompleks dan canggih. Oleh itu, ia mendedahkan pengguna denga risiko akibat daripada kelemahan dalam amalan perdagangan yang tidak adil.

WCRD adalah satu peluang untuk mempromosikan hak asasi semua pengguna, dalam usaha untuk menuntut hak-hak tersebut supaya dihormati dan dilindungi, serta menjadi medan bagi pengguna untuk membantah penyalahgunaan pasaran dan ketidakadilan sosial yang boleh melemahkan hak-hak mereka.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) – ahli gabungan Consumers International

Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan(SWPCA) – ahli gabungan Consumers International

Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Untuk Pengguna, Malaysia (ERA Consumer Malaysia) – ahli bersekutu Consumers International

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) – konsultan FOMCA

( isu 2017 )SEPATUTNYA harga bara­­­ngan sudah boleh diturunkan secara berperingkat-pe­ringkat selari dengan trend penur...
23/07/2019

( isu 2017 )

SEPATUTNYA harga bara­­­ngan sudah boleh diturunkan secara berperingkat-pe­ringkat selari dengan trend penurunan harga minyak petrol dan diesel.

Sewajarnya juga baik pemborong, pembekal mahupun peniaga tiada lagi alasan harga barang terpaksa dinaikkan kerana harga minyak naik.

Alasan itu sudah lapuk, tidak relevan dan tidak boleh diterima pakai lagi sekarang.

Ini adalah kenyataan yang cukup jelas dan hakikat yang perlu kita terima.

Namun realitinya pada hari ini harga barangan masih berada di takuk lama sekaligus terus merunsingkan dan membebankan pengguna.
Apa yang jelas senario harga minyak global yang semakin menurun menyebabkan pihak kerajaan turut mengumumkan penurunan harga bahan bakar tersebut.

Terbaru harga untuk Februari telah diturunkan lagi. RON95 diturunkan sebanyak 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter mengikut kaedah pengapungan terkawal
manakala harga runcit petrol RON97 p**a diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter.

Diesel p**a diturunkan sebanyak 23 sen seliter kepada RM1.70 seliter.

Sepatutnya mengikut logik akal dan formula mudah, harga barangan akan ikut sama turun apabila harga minyak telah diturunkan kerana selama ini kita dimomokkan oleh pembekal dan peniaga bahawa harga barangan terpaksa dinaikkan kerana harga minyak melambung tinggi.

Maka pada ketika harga minyak turun, pengguna sudah semestinya berhak menuntut penurunan harga barangan.
Dalam lain perkataan, peng­guna berhak menikmati kadar harga barangan yang lebih rendah berbanding ketika harga minyak naik sebelum ini.

Namun hakikatnya perkara ini tidak berlaku menyebabkan pengguna semakin keliru dan tertekan kerana kos perbelanjaan harian masih pada tahap yang sama walaupun harga minyak diturunkan.

Maka timbul persoalan di mana silapnya? Apa yang tidak kena lagi? Kenapa harga barangan masih sama walaupun harga minyak sudah diturunkan? Dan kenapa para peniaga terus menzalimi pengguna?

Rata-rata pengguna mahupun pihak kerajaan tidak dapat mencari satu jawapan yang konkrit kepada semua persoalan tersebut.

Walaupun pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang cuba sedaya upaya untuk mengawal harga barangan serta mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang tamak, degil dan mengambil kesempatan termasuk mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang memperuntukkan nilai kompaun sehingga RM100,000 namun situasi dilihat masih berada pada tahap yang sama.

Peniaga yang tamak dan degil terus mengambil kesempatan dan pengguna masih menjadi mangsa keadaan secara berterusan.

Alasan terkini daripada peniaga bahawa kejatuhan nilai ringgit dan kemelesetan ekonomi antara punca kenapa harga barangan dan perkhidmatan tidak dapat diturunkan walaupun harga minyak terus turun adalah tidak boleh diterima sama sekali.

Apakah mereka lupa pengguna juga menerima tempias yang sama akibat kejatuhan nilai ringgit dan situasi ekonomi yang tidak menentu? Tidak adil andai peniaga saja yang mendakwa mengalami kerugian sebaliknya mereka perlu sedar bahawa pengguna yang sedang mengalami kerugian yang cukup besar dan berlipat kali ganda kerana selama ini harga barangan tidak pernah turun walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini adalah realiti.

Maka dalam konteks ini pengguna dilihat sudah tiada pilihan melainkan menggunakan hak sebagai pengguna yang bijak. Sudah tiba masanya kita buktikan kuasa pengguna yang sebenar. Ini masanya untuk kita menuntut hak kita. Dan pastikan peniaga yang tamak dan degil menerima padah yang sewajarnya atas tindak-tanduk mereka yang cukup kejam dan zalim.

Sebagai pengguna kita perlu sedar bahawa kita ada kuasa untuk mengajar peniaga yang degil seperti ini.

Maka dalam hal ini penulis sangat bersetuju dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang akan melancarkan kempen boikot besar-besaran terhadap peniaga atau syarikat yang menjual barangan pada harga tinggi walaupun kos operasi telah jatuh berikutan penurunan harga bahan bakar.

Menurut Ketua Aktivis Persatuan PPIM, Datuk Nadzim Johan pihaknya akan bekerjasama dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menubuhkan pusat koordinasi yang akan menjadi tempat rujukan pengguna untuk mengetahui mana-mana premis yang perlu diboikot.

Ini adalah satu langkah drastik yang wajar dipuji dan patut disokong oleh semua pengguna yang mahukan keadilan dan pembelaan yang sewajarnya.

Jelas sudah tiba masanya untuk kita melindungi hak kita sendiri tanpa terlalu bergantung harap kepada pihak berkuasa semata-mata.

Di samping kita berharap agar pihak kerajaan akan terus bertindak dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap peniaga yang degil, kita juga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya supaya terus memberi tekanan kepada pemborong dan peniaga agar segera menurunkan harga barangan.

Kita sebenarnya mampu melakukannya andai bijak menggunakan hak dan kuasa kita sebagai pengguna. Sedar atau tidak golongan pengguna jauh lebih ramai daripada golongan peniaga. Pengguna ialah kelompok majoriti yang mempunyai banyak pilihan sebenarnya.

Bilangan kedai runcit, syarikat mahupun kedai makan yang begitu banyak sepatutnya digunakan sebaik mungkin untuk kita membuat pilihan yang bijak.

Teliti harga yang ditawarkan terlebih dahulu. Buat perbandingan harga dengan gerai lain dan barulah membuat keputusan.

Itu adalah tindakan asas yang paling penting dalam situasi sekarang. Tegasnya, jangan beli di kedai yang menjual sesuatu barangan mahupun perkhidmatan itu dengan harga yang lebih mahal berbanding dengan kedai lain.

Boikot terus kedai dan peniaga tersebut termasuk menghebahkan ketamakan peniaga terbabit kepada pengguna lain dan juga membuat aduan terus kepada pihak berkuasa. Jika setiap seorang daripada kita mampu berbuat demikian maka percayalah para peniaga yang degil pasti akan mengalah. Mereka tiada pilihan selain menurunkan harga barangan daripada terus jatuh bankrap. Itulah kuasa pengguna yang sebenarnya.

Kita boleh mengayakan seorang peniaga dan juga sebaliknya boleh membuat peniaga tersebut tersungkur gulung tikar.

Sepatutnya dalam keadaan sekarang ini sebagai pengguna kita utamakan konsep nilai untuk ringgit atau value for money dalam setiap perbelanjaan kita.

Namun malangnya tidak ramai yang menggunakan hak dan kuasa sebagai pengguna. Kita ambil mudah, malas memilih dan membandingkan harga terlebih dahulu sebelum membuat pembelian menyebabkan para penaga terus bermaharajalela.

Percayalah, walau apapun kempen dianjurkan, andai pengguna tidak menggunakan kuasa dan hak maka segalanya bakal menjadi sia-sia sahaja.

Dan dalam situasi tersebut tidak wajar untuk kita menuding jari menyalahkan mana-mana pihak lain kerana harga barangan masih mahal.

Kita juga perlu ingat bahawa situasi kenaikan harga barangan mungkin akan menjadi lebih parah apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan mulai April ini. Para peniaga sudah pastinya akan menggunakan alasan GST p**a untuk terus menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Dan pada ketika itu apakah kita akan terus berlapang dada menerima dengan seadanya serta reda dengan harga yang dikenakan oleh peniaga yang tamak dan degil?

Jika kita tidak mahu para peniaga terus menindas pengguna maka kita perlu segera bertindak sebelum keadaan menjadi semakin tenat. Pemborong dan peniaga yang tamak perlu diajar untuk menghormati hak kita sebagai pengguna.

Mereka perlu disedarkan betapa tiada perniagaan dan keuntungan tanpa kita sebagai pengguna.

Ayuh semua pengguna yang bijak pandai, marilah kita membuktikan kehebatan kuasa dan hak kita sebagai pengguna. Buatlah pilihan yang tepat dan bijak.

Boikot peniaga yang degil dan tamak. Sedarlah bahawa hak kita tanggungjawab kita sendiri.

Sumber : http://www.utusan.com.my/rencana/gunakan-hak-sebagai-pengguna-1.56507
Share this:

SEPATUTNYA harga bara­­­ngan sudah boleh diturunkan secara berperingkat-pe­ringkat selari dengan trend penurunan harga minyak petrol dan diesel. Sewajarnya juga baik pemborong, pembekal mahupun peniaga tiada lagi alasan harga barang terpaksa dinaikkan kerana harga minyak naik. Al...

23/07/2019

Address

C6, Bandar Sri Indah
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Siti Pengguna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category