30/05/2025
Pada hari ini 29 Mei 2014, sejarah negeri Perak Darul Ridzuan tercatat dengan tinta emas apabila Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, diisytiharkan secara rasmi sebagai Sultan Perak yang baharu. Pengumuman penuh istiadat itu disampaikan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahid Zainuddin di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebelum upacara pengebumian Sultan Azlan Shah. Istiadat ini bukan sekadar memenuhi adat resam diraja, tetapi juga menandakan bermulanya pemerintahan seorang raja yang berilmu dan berwibawa.
Pelantikan Raja Dr. Nazrin Shah sebagai Sultan Perak ke-35 diputuskan dalam mesyuarat khas Dewan Negara Negeri Perak, selaras dengan peruntukan undang-undang dan tradisi kesultanan Melayu di negeri ini. Pengisytiharan ini berlangsung dalam suasana duka ekoran kemangkatan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak ke-34, pada 28 Mei 2014.
Istiadat Pemakaman Diraja bermula sejurus selepas Pengisytiharan Sultan Perak yang baru selesai. Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan pada jam 1.30 petang, 29 Mei 2014.
Jom baca dengan lebih lanjut berkenaan peristiwa bersejarah pada 29 Mei 2014 pada artikel di ruangan komen di bawah..