08/04/2025
Alhamdulillah 17 tahun kami berniaga ikan ayam dan daging 😍
Dan setelah 17 tahun, ini kali pertama kedai kami ada banner dan signboard sendiri.
Kami bermula dengan kedai yang sangat sangat kecil dan terhad, hanya sebesar 1/3 sebuah kedai di bawah kolong HDB. Walaupun kedai kami kecil ketika itu, kami direzeqikan mendapat Landlord yang sangat baik. Keluarga Aunty Ayong & Uncle Ah Heng ❤️
Daripada kedai yang sekecil ini lah, Ibu & Ayah kami dapat menyara kami 5 beranak dan dapat hantar kami ke sekolah dan university.
Dengan berkat sabar dan usaha gigih dari Ibu Ayah dan kami adik beradik, hari ini, rezeqi kami di jalan yang lain. Kami dapat bekerjasama dengan masjid-masjid di Singapura untuk bantu masyarakat kita Alhamdulillah!
Terima kasih kami ucapkan pada anda semua yang menyokong kami dari hari pertama kami hingga hari ini. Semoga Allah sahaja yang balas jasa baik anda amin 🙏🏻